Ahad, 28 November 2021

KITA SOKONG MAT SABU

 



Pakatan hilang sokongan Melayu di Melaka, kata Mat Sabu

RESIDEN Amanah Mohamad Sabu mengakui Pakatan Harapan (PH) kalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka antaranya kerana gabungan itu hilang sokongan pengundi Melayu, lapor Utusan Malaysia.

Kekalahan itu bagaimanapun membolehkan PH mengukur iklim sebenar politik negara menuju Pilihan Raya Umum ke-15, katanya.

“Bagi Amanah, kita lihat hilangnya sokongan orang Melayu kepada PH (dalam PRN Melaka). Baguslah PRN Melaka itu dibuat, dapat kita mengukur keadaan sebenar. 

“Oleh itu PH akan bermesyuarat Isnin ini bagi membincangkan hal ini,” katanya, seperti dipetik portal berita akhbar itu.

Beliau juga sekali lagi mengulangi pandangannya untuk mengukuhkan PH sejak hampir setahun lalu iaitu membanyakkan kawan dan mengurangkan lawan, serta pada masa sama membetulkan persepsi negatif terhadap gabungan itu.

Mohamad berpendapat cabaran utama PH ialah isu perkauman yang masih jadi modal politik untuk mendapatkan kuasa.

Dalam PRN Melaka 20 November, PH menang hanya lima daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Daripada lima kerusi itu, empat dimenangi oleh DAP sementara Amanah menang satu. 

PKR yang bertanding 11 kerusi, jumlah yang terbanyak dalam kalangan komponen PH, tidak menang satu kerusi pun.

Barisan Nasional mengekalkan pentadbiran di Melaka apabila menang 21 kerusi. Baki dua kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Semasa PRU14, PH menang 15 kerusi. Pentadbiran PH diketuai bekas ketua menteri Adly Zahari bagaimanapun tumbang ekoran percaturan politik selepas Bersatu keluar PH pada Februari 2020. – 28 November, 2021. 


PANDANGAN

JUJUR

AMIN

TIDAK DULAK

DALIK

AMIN

TAK SALAHKAN

ORANG LAIN

AMIN

KITA SOKONG

MAT SABU

AMIN

KUATKAN 

PAKATAN HARAPAN

AMIN

JANGN PIKUL

BIAWAK HIDUP

AMIN

JANGAN PIKUL

BEBAN 

AMIN

MUSTAHIL

TIDAK FAHAM

KHALAS

1 ulasan:

Yeop sepet berkata...

Ada 2 ekor biawak idup dlm PH. saekor Anwar Dan saekor Lim kit siang. Jgn lupa,apek tua nie jugak punca org melayu xnak sokong.jgn lupa apek tia nie yg mula2 skali lps pru14 desak atok letak jwtn.kgn lupa apek tia nie la jugak probok org melayu post gambo mabuk October fest,dgn bangga cabar adat resam org melayu. Cina dah lama ada sini,xpenah lg melayu gaduh depa nak mabuk,tapi yg melayu marah bila kutuk2 melayu Tak mabuk,konon melayu Tak progresif. Malaysian Malaysia konon, hang budaya penduduk asal pin hang Tak reti. Lantak PH tu, dunia pun dah nak berperang Takde beza sape pegang kerajaan. Bior lantak umno pegang drp sakit ati tgk fascist apek tua.