Selasa, 3 Oktober 2023

ANWAR KAKI MERAPU KATA TUN



Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal

Sikap sambil lewa dan gagal mentadbir negara dengan baik menyebabkan kerajaan campuran kini tidak lagi diyakini rakyat, kata Tun Faisal Ismail Aziz.

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) itu berkata  Anwar  tidak mempunyai hala tuju dan sering merapu sehingga pelabur tidak yakin, malahan rakyat juga meragui kemampuannya susulan permasalahan yang gagal ditangani dengan baik.

“Tiada hala tuju yang jelas – PM10 pun jenis bila ditanya soalan, dia dok merapu ke lain, macam mana pelabur nak yakin.

“PM10 dan kerajaan PH-BN (Pakatan Harapan-Barisan Nasional) hari ni berhadapan dengan krisis keyakinan, rakyat tidak yakin, peniaga tidak yakin, penjawat awam tidak yakin, pelabur tidak yakin, pasaran pun tak yakin,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Tun Faisal membangkitkan isu dihadapi negara ketika ini, kejatuhan ringgit serta kenaikan harga barang ketika ini yang tidak terkawal dan juga bekalan makanan asas yang hilang di pasaran seperti beras dan telur sebelum ini.

“PM10 dan kerajaan PH-BN hilang kawalan ke atas banyak perkara, harga barang, kos sara hidup, bekalan barangan, termasuk bekalan barangan asas, OPR (Kadar Dasar Semalaman), nilai ringgit dan prestasi menteri-menteri.

“Rakyat susah, peniaga susah, penjawat awam pun susah, kos sara hidup tinggi, harga barang melambung tinggi, bayaran bulan kpd bank tinggi, sewa meningkat, bil letrik melambung tinggi, harga barang kawalan pun meningkat tinggi, bekalan barangan, termasuk makanan asas kurang, ringgit jatuh, pasaran saham jatuh… maruah rakyat pun jatuh, terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan beras tempatan,” ujarnya lagi.

Mengambil kira semua faktor kegagalan kerajaan campuran tersebut, Tun Faisal mempersoalkan sama ada wajar ia relevan lagi untuk terus dikekalkan sehingga menjejaskan kehidupan rakyat setiap hari.

“Bolehkah kita terus memberikan keyakinan dan sokongan terhadap Anwar, jika keadaan negara dan rakyat semakin hari semakin teruk?” soalnya.

WOIT

KALAU DAH

SUSAH TUN

NAK BUAT APA?

KAH KAH KAH

SAMA ADA TUN

CAKAP BETUL

ATAU TUN PUTAR

KITA LIHAT PRK

PELANGAI DAN

KEMAMAN 

JENG JENG JENG

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tun Faisal ini tukang angkat bag sakau Nuar Musa projek2 sedut dari Abah PM 8 dan Mail Bera PM9.

Contoh Beli Menara KL.

Kena buang dari UMNO kerana jadi Trojan Horse Abah BERSATU dalam UMNO.

Kira2 dinosaur tak relevan spt Mak Lempir Zuraida dalam relik basi Muafakat Nasional. Nak Sakau tadak platform kerana hilang deposit PRU15.

Hanya MalaysiaNow Koya dan Tukar Tiub yang bagi muka kerana anti-PMX.

Boleh bunuh diri dah, politik tepi jalan kaki lima tadak orang pandang pun termasuk Abah.

Abah tak perlu kaki bodek spt Mamak ini, tak leh nak bantu turun naik Jalan Duta. Abah perlu loyar baik punya kerana Sakau prima facie dan SPRM ada bukti money trails.

panglimo potaseh berkata...

Dulu gwa belum penah tingok PRN Kochik, PM turong padang .. hantar ponolong jo dah chokop .. kan PM tu banyak kojo lain. Abam lain macam sikit .. sanggop poey Korangai naik helikopter .. ratus ribu abis mayar helikopter.

Tanpa Nama berkata...

Tan Tin Tun. Komik Gila-Gila