Selasa, 3 Oktober 2023

JEREBU - PAKAI PELITUP MUKA


Kualiti udara bertambah baik, hanya 5 kawasan rekod IPU tidak sihat


KUALITI udara di seluruh negara bertambah baik dengan hanya lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.

Nilai mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 156, diikuti Cheras dengan bacaan 154, menurut data terkini di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Bacaan IPU tidak sihat juga direkodkan di Seremban iaitu 142, manakala Banting di Selangor (119) dan Petaling Jaya (109).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Setakat 9 pagi, 60 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana. – 3 Oktober, 2023.

JUNTUK JAGA

DIRI KITA

PAKAI KEMBALI

PELITUP MUKA

KHALAS

Tiada ulasan: