Selasa, 3 Oktober 2023

JEREBU MENGANCAM



Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan

ORANG ramai terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik dinasihatkan sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan salur pernafasan ekoran keadaan berjerebu ketika ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Ngwe Hee Sem berkata mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

“Tiga penyakit berkaitan jerebu yang dipantau Jabatan Kesihatan Melaka ialah asma, jangkitan konjunktivitis dan saluran pernafasan di beberapa klinik kesihatan sentinel seluruh negeri dan Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.

“Bagaimanapun daripada pemantauan berkenaan, tiada trend kenaikan ketara direkodkan bagi kesemua penyakit berkenaan sejak awal Mac hingga 30 September lepas,” katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri akan meneruskan pemantauan serta bertindak mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan Pelan Tindakan Pengurusan Kesihatan Akibat Jerebu bagi menangani situasi semasa sekiranya keadaan semakin buruk.

Katanya sebagai langkah pencegahan penyakit berkenaan, orang ramai dinasihatkan duduk di rumah atau dalam bangunan dan mengelak berada lama di luar serta memakai pelitup muka.

Ngwe berkata mereka juga dinasihatkan mengikuti nasihat dan saranan kesihatan diberikan Jabatan Kesihatan serta mendapatkan maklumat berkaitan langkah pencegahan kesihatan akibat jerebu di laman sesawang https//:www.infosihat.gov.my dan www.moh.gov.my.

Indeks pencemaran udara (IPU) negeri Melaka merekodkan tahap tidak sihat di tiga kawasan di negeri itu iaitu Alor Gajah (122), Bukit Rambai (155) dan Bandaraya Melaka (134) pada 2 pagi semalam, manakala bacaan IPU berkenaan turun kepada tahap sederhana iaitu Alor Gajah (92), Bukit Rambai (92) dan Bandaraya Melaka (85) pada 12 tengah hari tadi. – Bernama, 3 Oktober, 2023.


JEREBU

MENGANCAM

JENG JENG JENG

KALI INI JEREBU

DARI MANA

ASAL USUL

AMIN

SAPA MEMBAKAR

APA DIBAKAR ?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: