Selasa, 3 Oktober 2023

PAS AJAK BERTEMPUR


PAS tidak rayu keputusan batal pilihan raya Kemaman, kata Takiyuddin

PAS tidak akan merayu keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 26 September lepas yang membatalkan kemenangan calonnya di kerusi Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan.

Katanya, PAS membuat ketetapan itu selepas Hakim Anselm Charles Fernandis hari ini mengesahkan keputusannya membatalkan pilihan raya pada 19 November 2022 itu atas alasan wujud sogokan kepada pengundi.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang terlibat dengan rasuah semasa pilihan raya di Kemaman.

“Keputusan saya bagi kes petisyen pilihan raya ini adalah terdapatnya unsur-unsur rasuah bagi bahagian pilihan raya Parlimen ini. 

“Namun begitu saya tidak menamakan mana-mana pihak,” kata hakim, seperti dipetik oleh Takiyuddin dalam kenyataannya hari ini.

Fernandis mengesahkan keputusannya dalam sesi pengurusan kes yang berlangsung melalui sidang video.

“Sehubungan dengan itu PAS menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan daripada keputusan tersebut,” tambah Takiyuddin.

Pada PRU15, calon PAS Che Alias Hamid mengalahkan tiga calon lain termasuk bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said dengan majoriti 27,179 undi.

Ahmad kemudian memfailkan petisyen pilihan raya dan berjaya membuktikan ada elemen rasuah untuk mempengaruhi pengundi di Kemaman semasa PRU15.

Semasa perbicaraan petisyen, antara keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah termasuk sumbangan dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan di majlis rasmi kerajaan negeri semasa tempoh kempen pilihan raya.

Mahkamah Ppilihan Raya sebelum ini membatalkan juga kemenangan calon PAS di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, yang pilihan raya kecilnya diadakan pada 12 Ogos lalu.

Dalam pilihan raya kecil itu, calon PAS Ahmad Amzad Hashim yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional sekali lagi menang dan kali ini dengan majoriti jauh lebih besar berbanding PRU15. – 3 Oktober, 2023.

WOIT

MACAM DIRANCANG

KAH KAH KAH

MACAM MAHKAMAH

BERI BANTUAN

KAH KAH KAH

PELUANG NUSI

TIBAI PUDIN

KAH KAH KAH

BOLA TANGGUNG

UNTUK PAS TIBAI

GEROMBOLAN

AMIN

UNTUK BUKTIKAN

MELAYU ISLAM

MASIH AMPOH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: