PAGI INI
PAGI INI
SABTU 2 OGOS 2025
TERBAIK
TRUMP SEMAKIN GILA
TARIF
Kah kah kah... banyak negara kena cukai. Trump naikkan cukai – ada negara kena 50% ada 25% ada 30% ada 10% ada 15% - Malaysia kena 19% - berat amat berat.
Kalau di asrama – Trump ini kaki buli.
Dalam dunia politik Trump ini terbaik. DIA sedang huru harakan kaum kapitalis dunia – kah kah kah. Ini belum pernah berlaku.
STATITIK tenaga kerja Amerika baru keluar dari Jabatan Buruh. Jeng jeng jeng. Angka menunjukkan jumlah warga tak ada kerja meningkat. Maka Trump buang ketua pengarah kajian ini.
Trump kata ekonomi Amerika sedang rancak berkembang. Trump kata angka ini sengaja di manipulasi untuk tunjukkan bahawa dasar Trump gagal. Kah kah kah.
DUNIA DALAM BAHAYA:
Trump beri arahan kepada 2 kapal selam nuklear Amerika untuk beralih tempat. Ini sebagai jawapan pada tweet bekas Presiden Rusia yang berkata: Langkah Trump untuk kenakan lagi sekatan-sanction kepada Rusia akan menuju perang.
Pasti dua kapal selam ini beralih dari lautan Hindi ke laut yang hampir dengan Rusia.
MALAYSIA BELI 30 BOEING
Kah kah kah.. Sekarang penumpang kapal terbang sebelum beli tiket bukan tanya HARGA tapi tanya KAPAL TERBANG JENIS APA – kah kah kah..
KALAU dengar BOEING – ramai tak jadi naik kapal tersebut – SEMUA nak naik AIRBUS. Ini kerana dalam masa beberapa tahun ini satu demi satu pesawat Boeing jatuh.
Boeing terakhir jatuh ialah AIR INDIA.
Untuk sedap cerita ada Mamat Jurutera Boeing dia buka cerita tentang cara buat pesawat Boeing makin manai. Makin sambil lewa – tidak teliti - ini kerana syarikat ini lebih menumpukan pembuatan jet pejuang untuk askar.
Tup tup – Mamat ini di temui mati. Seperti biasa dituduh bunuh diri macam Teo Beng Hock dan Sara. AMIN
AMERIKA
Syarikat Tesla diarah oleh mahkamah bayar ganti rugi 200 juta dolar pada keluarga dua mangsa terkorban. Dua mangsa dilanggar oleh kereta Tesla TANPA PEMANDU ketika mereka di tempat letak kereta.
INDONESIA
Gunung berapi Lowotobi meletup sekali lagi. Gunung ini memuntahkan abu panas setinggi 10 kilometer.
COLOMBIA
Bekas Presiden Columbia didapati bersalah kes rasuah. Kena penjara – tahanan rumah – selama 12 tahun.
GAZA
Kapal terbang dari German mula menggugurkan bantuan makan dan ubatan pada warga Gaza.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Angin sejuk. Matahari bersinar indah. Langit biru terbentang dengan sedikit awan putih. KK & KL Sentral cerah. Petang kemarin hujan sekejap sekejap.
Seperti biasa suara Tekukur dan suara Pipit di dengar. Pagi Sabtu ini Abang Potong Rumput bekerja seorang diri.
Gua yakin hari ini akan panas. Petang jika berangin akan sejuk santai. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI AHAD
BRO
Bila keadaan tidak stabil ini bermakna perubahan akan sampai.
BRO
Bila lu lupakan apa yang lu nak sangat maka yang tinggal hanya apa yang lu perlukan.
BRO
Dimana ada air di situ ada ikan. Dimana ada cinta di situ ada kehidupan. AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEREHAT


2 ulasan:
terpaksalah jadi balaci.. 25% jadi 19%.. nampak tak teruk sangat sebenarnya tetap kena buli. ada yang dia auta tu...
kah kah kah
Terpaksa akur terpaksa ikut kerana Amerika ada masuk pelaburan berbillion di negara ini, beribu orang kita bergantung kepada pelaburan Amerika, ada juga yang tidak masuk apa-apa terus dibela terus dipertahankan terus diangkat seagama sebangsa sebudaya kah kah kah maka golongan ini dilabelkan sebagai apa? Belum ada ayat yang sesuai? Apapun Madafaka semakin rancak seiring sejalan mengatur langkah menuju kesempurnaan kah kah kah
Catat Ulasan