Thailand dakwa Kemboja tembak roket ke arah Hospital Phanom Dong Rak di Surin
BANGKOK: Tentera Thailand mendakwa roket ditembak dari Kemboja mengenai Hospital Phanom Dong Rak di wilayah Surin pada pagi ini.
Pasukan Tentera Kedua yang menyelia kawasan Timur Laut Thailand melaporkan Kemboja menembakkan enam roket ke arah hospital serta kawasan sekitarnya di daerah Phanom Dong Rak pada jam 8.40 pagi waktu tempatan, memaksa pemindahan kakitangan perubatan dan pesakit.
Kemudahan kesihatan ini pernah diserang roket pada Julai lalu.
Menurutnya, berkata pertempuran berterusan pada pagi ini di 12 lokasi, : satu di wilayah Buri Ram, lima di Surin, empat di Si Sa Ket dan dua di Ubon Ratchathani.
Semalam, tentera Thailand turut memaklumkan , tentera Kemboja menembakkan 5,000 roket dan melancarkan serangan dron bunuh diri di beberapa kawasan sempadan, khususnya di Chong An Ma dan Chong Bok di Ubon Ratchathani, kawasan Thiang Ta Mok di Si Sa Ket serta Chong Khana dan Prasat Ta Khwai di Surin.
Mereka memaklumkan empat askar Thailand terbunuh dan 68 lagi cedera, manakala 61 askar Kemboja turut dilaporkan maut.
Tentera wilayah itu belum membuat anggaran jumlah askar Kemboja yang cedera.
Sementara itu, Pasukan Tentera Pertama yang menyelia kawasan Dataran Tengah, memaklumkan anggotanya berjaya merampas kembali kawasan yang sebelum ini diceroboh oleh tentera Kemboja di Ban Nong Ya Kaewdi Sa Kaeo.
Tentera menemui periuk api dan alat letupan buatan sendiri milik Kemboja yang telah dipasang di kawasan itu.
Pasukan Tentera Pertama juga berusaha merampas satu lagi kawasan diceroboh di Ban Nong Chan di Sa Kaeo namun tentera Kemboja bertindak balas dengan melepaskan roket ke lokasi itu. Lima askar Thailand cedera dalam operasi itu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan