𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐥𝐚𝐠𝐚𝐡: 𝐅𝐮𝐳𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐮𝐦 𝐏𝐇–𝐆𝐑𝐒, 𝐋𝐨𝐤𝐞 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 ‘𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐖𝐚𝐣𝐚𝐫’
KUALA LUMPUR , 10 DIS 25 — Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, mempertahankan keputusannya mengumumkan Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memiliki cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Sabah sebelum keputusan rasmi diumumkan pada 29 Nov lalu.
Fuziah menegaskan pendirian PH tetap konsisten menyokong kepimpinan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor, dan keputusan pilihan raya “tidak mengubah apa-apa”.
“PH kekal menyokong Hajiji sejak hari pertama. Keputusan PRN tidak mengubah pendirian itu,” katanya dalam pesanan teks, kepada Malaysiakini.
Tindakan Fuziah mengadakan sidang media awal dalam keadaan ketika PH hanya memenangi dua kerusi, kemudian tinggal satu selepas keputusan rasmi mencetuskan kritikan termasuk daripada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Dalam wawancara bersama saluran The Keywords, Loke berkata DAP tidak dimaklumkan tentang sidang media itu dan menyifatkannya “langkah salah”.
“Dengan satu kerusi, apa asas untuk umum boleh bentuk kerajaan? Pengisytiharan sepatutnya dibuat GRS sebagai parti terbesar,” katanya.
DAP tewas semua lapan kerusi yang ditandingi dalam PRN Sabah 2025. Manakala PH pula hanya menang satu daripada 22 kerusi ditandingi. @sumber


Tiada ulasan:
Catat Ulasan