PAGI INI
PAGI INI
11 Januari 2025
SATU PEMBELAJARAN
IRAN
Ketika tulisan ini di garap demo terus berlaku dalam kota dan pekan di Iran. Lebih dari 40 orang telah mati dalam demo anti Kerajaan Islamik Republik Iran.
Demo dah masuk minggu KETIGA - retak jadi belah bila nilai Riyal Iran jatuh mendadak. Ini berlaku di akhir tahun 2025.
BETUL ini lahir kerana EKONOMI IRAN DI SEKAT. Amerika dan sekutu menyekat jual beli minyak – punca utama – pendapatan Iran.
TAPI ada satu perkara yang wajib di jadikan pelajaran kepada PARTI POLITIK YANG BERASASKAN ISLAM – Kalau di Malaysia ini untuk PARTI PAS.
UNTUK menjadi KERAJAAN YANG DI SOKONG RAKYAT - KERAJAAN hanya wajib menjalankan dasar :
1- PEKERJAAN
2- PERUMAHN
3- PELAJARAN
4- KESIHATAN
DASAR-DASAR INILAH YANG DIJADIKAN KAYU UKUR.
BUKAN DASAR
1 – Bukan hal Pakaian –
2 - Bukan hal tutup rambut
3 – Bukan hal moral rakyat
4 – Bukan hal cita rasa orang ramai
5 – Bukan anti kegembiraan hidup
6 – Bukan anti anak muda
Kita sokong kerajaan Islamik Republik Iran. Kerajaan ini anti Amerika dan melawan Zionis. Kerajaan Iran terbukti membantu dana dan senjata untuk Hamas dan Hizbullah dan gerakan dan kumpulan yang mengangkat senjata melawan Isreal.
Dasar anti imperialis Iran. Jelas kukuh dan wajib di sokong.
TAPI DASAR PALAT – paksa rakyat pakai kain tudung baju selimut hitam dan berkelubung adalah dasar yang TIDAK FUDUMENTAL.
Jika PARTI ISLAM PAS mengamalkan hal ini pasti akan kena terajang oleh rakyat seperti yang sedang berlaku di Iran sekarang !!!
BETUL - Amerika, Trump, CIA, MOSSAD , MI6 semua datang membantu pendemo untuk menjatuhkan kerajaan Islamik Republik Iran.
MOSSAD amat aktif di Iran. Kenapa? Kerana rakyat benci bila kerajaan ganggu kehidupan mereka.
Tugas kerajaan bukan jaga dan kawal BURIT DAN KOTE RAKYAT. Tugas kerajaan ialah mengurus dan mengendalikan : Pekerjaan – Pelajaran – Perumahan dan Kesihatan – untuk rakyat.
BURIT DAN KOTE mana rakyat nak isap atau jilat terpulang pada rakyat.
Kita menyokong REVOLUSI IRAN . Dunia mahu Kerajaan Iran tetap berdiri dan berani memimpin perjuangan melawan Amerika dan Israel.
Justeru JANGAN buat dasar di mana MOSSAD dan CIA dapat masuk dan menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Islamik Republik Iran.
Anak SHAH REZA yang di taja oleh ISREAL jika boleh di jimat secepat mungkin. Amin
HOKKIEN
Pagi ini segar cerah sejuk. Kemarin hujan di wilayah Le Chateau – lopak air di jalan. Langit biru berawan putih. Mata hari dah keluar. Sinar masih manja.
Di Bukit Pintu masuk How Wow terus melaung dari pokok tinggi. Tekukur juga berlagu. Dalam belukar Cengkerik berdesing.
KL & KL Sentral berkabus nipis – kerana hujan renyai dalam kota.
Gua masih menapak di lorong masuk – gua dah nampak Siti dan keluarga menunggu. Masuk ke jalan besar semua datang berkumpul. Gua beri nasi dan tulang – wow – pagi ini spesial.
Gua berjalan ke arah Wakaf Tiga – ada 2 Abang Bangla sedang menimbus kubur. Kemarin menggali – pagi ini menimbus.
Berjalan pulang di Wakaf Pertama Siti dan menunggu – kali ini Siti dapat hati ayam yang lain dapat Friskies dan keropok.
Wow – ketika gua beri makan pada Keluarga Siti Tak Tak hanya memerhati – tak pernah nak masuk campur. Gua rasa Tak Tak faham ini makanan yang gua beri bukan untuk dia.
Berjalan pulang - di tempat pertama gua letakkan nasi dan tulang kelihatan berbelas ekor Tiong sedang mencari butir-butir nasi yang tercicir. Ini rezeki Tiong.
Ketika gua menulis gua masih terdengar suara How Wow yang kuat dari belakang dapur.
Gua rasa hari ini akan panas. Petang gua nak pergi dengar George Galloway bercakap tentang Palestin dan Geo-politik. Program di Hotel Tamu – Kampung Baru. Amin.
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI AHAD
DENGAN SENYUMAN
BRO
Waktu lu santai bermain dengan kucing tidak sia-sia.
BRO
Hairan juga. Kenapa ada manusia tidak sedar bahawa haiwan peliharaan adalah hadiah untuk umat manusia.
BRO
Haiwan yang lu pelihara lebih banyak memiliki cinta dan kasih sayang dari kebanyakan manusia. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI.



1 ulasan:
kenapa nak jaga apa pas kena buat apa pas tak boleh buat ? kalau kena terjang dengan rakyat kau susah apa ?
Catat Ulasan