Jumaat, 30 Januari 2026

TRUMP BUAT HELAH - TACO -


Semua pangkalan tentera AS di Asia Barat terancam susulan ugutan Trump

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilihat semakin menghampiri konflik ketenteraan, dengan masing-masing bersiap siaga bagi melancarkan serangan.

Presiden AS, Donald Trump berkata Washington 'bersedia, sanggup dan berupaya' untuk menyerang musuh tradisinya itu, manakala Tehran pula berikrar akan memberi 'tindak balas yang belum pernah disaksikan sebelum ini'.

Sebarang tindakan balas oleh Tehran terhadap serangan AS berkemungkinan menyasarkan sebahagian daripada puluhan ribu anggota tentera AS yang ditempatkan di seluruh Asia Barat.

Jurucakap tentera Iran memberi amaran Washington mempunyai banyak pangkalan dalam lingkungan peluru berpandu jarak sederhana pihaknya.

Berikut, AFP meneliti penumpuan utama pasukan AS di Asia Barat, yang berada di bawah Komando Pusat Tentera AS (CENTCOM).

Negara Teluk yang kecil itu menempatkan sebuah kemudahan dikenali sebagai Aktiviti Sokongan Tentera Laut Bahrain, yang menjadi lokasi Armada Kelima Tentera Laut AS dan ibu pejabat Tentera Laut AS bagi Komando Pusat.

Pelabuhan air dalam Bahrain mampu menampung kapal tentera terbesar AS, termasuk kapal pengangkut pesawat, dan Tentera Laut AS telah menggunakan pangkalan di negara itu sejak 1948, ketika kemudahan berkenaan dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Britain.

Beberapa kapal AS menjadikan Bahrain sebagai pelabuhan asal, termasuk kapal pemusnah periuk api dan kapal sokongan logistik.

AS mempunyai pasukan di wilayah autonomi Kurdistan Iraq sebagai sebahagian daripada gabungan antarabangsa menentang kumpulan IS, namun misi mereka dijadual berakhir menjelang September susulan perjanjian antara Washington dan Baghdad.

Tentera AS juga telah menyiapkan pengunduran mereka dari kemudahan di Iraq, yang kerajaannya adalah sekutu rapat Iran tetapi pada masa sama, rakan strategik Washington di bawah perjanjian sama.

Pasukan AS di Iraq dan Syria berulang kali menjadi sasaran kumpulan militan pro-Iran selepas tercetusnya perang Gaza pada Oktober 2023, namun Washington bertindak balas dengan serangan besar-besaran ke atas sasaran berkait Tehran, dan serangan itu kini sebahagian besarnya semakin reda.

Kuwait menempatkan beberapa pangkalan AS, termasuk Camp Arifjan, yang menjadi lokasi ibu pejabat hadapan komponen Tentera Darat AS bagi CENTCOM.

Tentera Darat AS juga menyimpan stok peralatan dan bekalan di negara itu.

Pangkalan Udara Ali al-Salem menempatkan Sayap Ekspedisi Udara ke-386, yang digambarkan tentera sebagai hab pengangkutan udara utama.

Ia juga pintu masuk bagi penghantaran kuasa tempur kepada pasukan bersama dan gabungan di rantau ini. Selain itu, AS turut menempatkan dron termasuk MQ-9 Reaper di Kuwait.

Pangkalan Udara Al Udeid di Qatar menempatkan komponen hadapan CENTCOM, selain pasukan udara dan pasukan operasi khas komando itu.

Ia juga menjadi lokasi penempatan bergilir pesawat tempur serta Sayap Ekspedisi Udara ke-379, yang menurut tentera merangkumi aset pengangkutan udara, pengisian minyak udara, risikan, pengawasan dan peninjauan, serta pemindahan perubatan udara.

Iran melancarkan peluru berpandu ke arah Al Udeid pada Jun lalu susulan serangan AS yang menyasarkan kemudahan nuklear Iran.

AS sejak bertahun lalu mengekalkan pasukan di Syria sebagai sebahagian daripada usaha antarabangsa menentang IS, yang muncul daripada perang saudara negara itu dan pernah menguasai kawasan luas di Syria serta Iraq.

Menyerlahkan bahaya yang dihadapi pasukannya di negara itu, dua anggota tentera AS dan seorang jurubahasa awam terbunuh di Syria pada Disember dalam satu serangan yang dipersalahkan ke atas kumpulan IS.

Pangkalan Udara Al Dhafra di Emiriah Arab Bersatu menempatkan Sayap Ekspedisi Udara AS ke-380, sebuah pasukan yang terdiri daripada 10 skuadron pesawat dan turut merangkumi dron seperti MQ-9 Reaper.

Pesawat tempur ditempatkan secara bergilir di Al Dhafra, yang juga menempatkan hab Tentera Udara AS bagi latihan peperangan udara lanjutan. - AFP

BILA IRAN

DISERANG 

BOM BOM

TEL AVIV

AMIN

ISRAEL PADAM

DARI BUMI

AMIN

OLEH ITU TRUMP 

CARI HELAH

BATAL SERANAGN

AMIN

KLIM IRAN

NAK RUNDING

KAH KAH KAH

SEKALI LAGI

TACO DARI TRUMP

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: