Jumaat, 6 Februari 2026

ALBERT TEI GEMPUR KUASA


ALBERT TEI

PEJUANG LAWAN

RASUAH TULIN

AMIN

BERANI & TEGAS

GEMPUR KUASA

KHALAS



Dakwa menteri keluar kenyataan berbaur hasutan, Albert Tei buat laporan polis

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Albert Tei, hari ini tampil membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang menteri yang disifatkannya berunsur hasutan, ugutan serta berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum.

Albert atau nama penuhnya Tan Jiann Cheing, mendakwa kenyataan disampaikan dalam bahasa Cina baru-baru ini itu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang menteri kerana memberi naratif yang tidak benar dan mengelirukan.

"Saya membuat laporan polis kerana berpendapat kenyataan ini boleh mencetuskan kebencian, permusuhan antara kaum serta kegentaran awam.

"Ia juga tidak wajar disampaikan oleh seorang pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan," katanya pada sidang media selepas membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

Difahamkan, menteri itu mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika satu sesi wawancara dalam program Podcast terbitan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan pada 26 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Albert mendakwa, berdasarkan terjemahan yang dibuatnya kenyataan berkenaan menggambarkan dakwaan bahawa masyarakat Cina perlu berwaspada terhadap ancaman tertentu sekiranya berlaku perubahan kuasa politik, sekali gus disifatkan sebagai cubaan menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

"Penggunaan bahasa sedemikian tidak beretika dan boleh menghakis kepercayaan antara kaum sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

"Saya berharap pihak polis dapat menyiasat perkara ini secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang sedia ada iaitu mengikut Seksyen 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tanpa mengira status seseorang individu itu termasuklah seorang yang bertaraf menteri dalam kerajaan.

Albert ditemani peguamnya, Zain Malek, sepanjang proses membuat laporan polis dan sesi sidang media berkenaan.

Untuk rekod, Albert sebelum ini pernah tampil membuat pendedahan berkaitan dakwaan rasuah dalam sektor perlombongan mineral di Sabah, yang kemudiannya mencetuskan perhatian umum.

Tiada ulasan: