Jumaat, 6 Februari 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

JUMAAT 6 FEBUARI 2026

SAMBUNG KERJA


BILA NAK DAKWA AZAM BAKI ?
KEBELAKANGAN INI Azam Baki bukan main aktif. Tangkap sana tangkap sini. Ada Datuk Seri di tangkap – kemudian senyap. Ada pegawai kerajaan di tangkap PASTI masuk jail. Ada POLITIKUS  di tangkap – nama tak ada apa tak ada – terus senyap.

SEBENARNYA Azam Baki merancang  untuk  SAMBUNG kerja. Keran itu aktif menangkap  – keran jika tidak dia akan dakwa. Bila Kerajaan  MADAFAKA jatuh pasti KES AZAM BAKI DIBUKA semula.

LIHAT NANTI BULAN LIMA – semua senyap – bila dah umum tugas  Azam Baki disambung – ini lah cara BARUA membodek.

BARUA YANG SETIA ADALAH BARUA YANG BERMASAALAH.

PANGLIMA DI TANGKAP ?
Apakan ini cara TANGKAPAN  terbaik?  Apakah ada cara lain ? Ini kerana askar  dan soldadu rasa tak puas hati. Panglima mereka pakai Baju Oren walhal Zahid  tak pakai.

Zahid dapat DNAA – apakah Panglima juga akan dapat DNAA? Jeng Jeng Jeng.

BAGIMANA dengan  semangat soldadu kita? Apa perasaan mereka  bila Panglima MEREKA di tangkap? Amin.

HOKKIEN
Pagi ini   mulanya renyai. Gua masuk – basah. Matahari tak kelihatan. KL & KL Sentral berkabus tebal. 

Tak Tak suka dengan hujan - dia tak takut.

Agak sunyi pagi ini – basah dan sejuk.  Suara How Wow gua dengar jauh. Yang lain tak kedengaran.

Bila gua sampai Wakaf Pertama – semua muncul. Siti dan keluarga berteduh disini. Lalu gua beri makan. 

Para Pekerja Kubur pun semua berhenti berteduh dalam Wakaf 4 – hujan makin lebat dan gua mengundur pulang.

Tapi gua yakin jap lagi Tuhan Ra akan muncul. Sinar akan membawa panas.  Jika petang hujan malam akan sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM KITA
SAMBUT PAGI JUMAAT
YANG BASAH

BRO
Lu wajib ambil tahu perkembangan politik negara. Ini untuk memastikan anak-anak lu nanti  tidak akan kena tipu.

BRO
Lu belajar sains untuk lu nak tahu. Lu belajar falsafah untuk senaman otak lu.

BRO
Lu bijak jika lu tahu apa yang lu tak tahu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: