Jumaat, 6 Februari 2026

PEMIMPIN BERSATU HENTIKAN BERGADUH - RAKYAT DAH BENCI



PEMIMPIN 

BERSATU

DISARAN

HENTIKAN 

BEREBUT NAK

JADI PM

AMIN

SUSUN RAKYAT

DAN PENYOKONG

KUATKAN PARTI

AMIN


𝗥𝗲𝘀𝗲𝘁 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗗𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 – 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵
KUALA LUMPUR | 6 Feb 26 – Seruan Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainudin, supaya dilakukan “reset politik” ketika membahaskan Titah Diraja di Parlimen pada 20 Januari lalu dilihat tepat pada masanya, khususnya dalam konteks ketidakseimbangan politik semasa yang semakin menjauh daripada realiti masyarakat Malaysia.

Ahli Parlimen Indera Mahkota,  Saifuddin Abdullah, berkata rujukan Hamzah terhadap pendekatan Tun Abdul Razak Hussein pasca tragedi 13 Mei 1969 mencerminkan keperluan keberanian politik untuk membina semula negara, bukan sekadar memastikan kelangsungan kuasa.

Menurut beliau, pengalaman sejarah menunjukkan bahawa kestabilan negara hanya dapat dicapai apabila konfigurasi politik dibentuk selari dengan komposisi dan kehendak sebenar rakyat.

“Tun Razak telah memperkenalkan konfigurasi politik baharu melalui Barisan Nasional yang berasaskan perkongsian kuasa berbilang kaum. Kerangka ini berjaya menstabilkan negara selama beberapa dekad kerana ia mencerminkan profil rakyat melalui perwakilan di Dewan Rakyat,” katanya.

Saifuddin berkata perubahan besar landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah melahirkan konfigurasi baharu yang lebih terbuka dan berbilang kaum, namun pada masa sama menimbulkan cabaran dari sudut kestabilan jangka panjang.

Beliau menjelaskan bahawa ketidaksepadanan antara sokongan politik dan realiti demografi telah menjadi semakin ketara, apabila kerajaan hari ini disokong oleh minoriti yang lebih kecil daripada kaum majoriti, manakala pembangkang pula mendapat sokongan lebih besar daripada kumpulan tersebut.

“Ini adalah realiti demokrasi. Namun, realiti ini menuntut penambahbaikan agar sistem politik tidak terus terperangkap dalam ketidakseimbangan yang boleh menjejaskan kestabilan negara,” katanya.

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan keperluan membangunkan pendekatan Politik Baharu yang berteraskan kerangka centripetalism, iaitu kerjasama rentas kaum yang bersifat sederhana, sentris dan berorientasikan dasar, bukannya personaliti.

Pendekatan ini, katanya, memerlukan kesepakatan baharu antara majoriti besar kaum majoriti dan majoriti besar kaum minoriti, disokong oleh pembetulan sistem, pengukuhan institusi serta perubahan budaya politik.

Menurut beliau, usaha memulihkan negara tidak boleh bergantung kepada tokoh atau nama semata-mata, sebaliknya menuntut komitmen kolektif untuk melakukan transisi politik yang berani dan terancang.

“Pokok pangkalnya bukan soal siapa, tetapi soal intipati kesepakatan untuk kebaikan negara dan masa depan rakyat,” katanya. @politiko.my

Tiada ulasan: