LARANGAN
TAK MASUK AKAL
AMIN
INI BAHASA ARAB
YANG DITUTUR
OLEH ARAB ISLAM
ARAB KRISTIAN
ARAB ATEIS
ARAB GAY
ARAB LESBIAN
AMIN
MUSTAHIL BOLEH
DILARANG
KAH KAH KAH
KHALAS
Penggunaan ‘Alhamdulillah’ Oleh Bukan Islam Sebenarnya Dilarang – Peguam Syarie
Penggunaan kalimah "Alhamdulillah" merupakan antara perkataan yang dilarang untuk merujuk kepada agama selain Islam di kebanyakan negeri di Malaysia.
Menurut penjelasan Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, di laman Threads miliknya, tegahan tersebut telah termaktub secara jelas di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dikuatkuasakan oleh sebahagian besar kerajaan negeri di seluruh negara.
Hal ini bertujuan untuk memelihara kesucian istilah-istilah khusus agama Islam daripada disalahgunakan dalam konteks kepercayaan lain mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Menurut penjelasan beliau, kalimah "Alhamdulillah" termasuk dalam senarai perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk kepada agama selain Islam di kebanyakan negeri, meskipun larangan tersebut tidak dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan.
Dari sudut perundangan, sekiranya individu bukan Islam menggunakan ungkapan tersebut dalam konteks rujukan agama mereka, perbuatan itu dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang berkuat kuasa di negeri-negeri berkenaan.
"Ia adalah suatu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam," katanya.
Berdasarkan laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, telah membangkitkan persoalan di Dewan Rakyat pada Rabu mengenai tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang menggunakan kalimah khusus umat Islam ketika sesi persidangan.
Beliau menegaskan bahawa perbuatan sedemikian bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah dilihat seolah-olah mempermainkan kesucian agama Islam itu sendiri.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan