Selasa, 28 April 2026

BAHAYA WARGA CHINA MERAH MASUK TANPA VISA


INI BAHAYA

WARGA

 CHINA MERAH

MASUK KE MALAYSIA

 TANPA VISA

AMIN

DARI VIETNAM INI

PUN PASTI CHINA

KHALAS 



2 sindiket 'scammer' tumpas di Melaka, 45 warga asing ditahan


MELAKA: Polis menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing menggunakan taktik 'love scam' dan penipuan pelaburan tidak wujud di negeri ini, dengan 45 warga asing ditahan.

Ketua Polis Melaka,  Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejayaan susulan dua serbuan dilakukan di Taman Kota Bendahari di Klebang pada 23 April lalu.

Mereka ditahan terdiri 20 lelaki warga China, 19 lelaki warga Vietnam, empat wanita warga Vietnam serta masing-masing seorang wanita warga China dan Indonesia yang semuanya berusia antara 20 hingga 44 tahun.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket ini aktif sejak empat bulan lalu dengan menyasarkan mangsa dalam kalangan warga Vietnam.

"Sindiket menggunakan taktik 'love scam' ini dipercayai menggunakan aplikasi Rakuten Viber bagi memancing mangsa menggunakan ayat manis.

"Selepas mendapat kepercayaan, mangsa ditawarkan pelaburan mata wang kripto di laman sesawang palsu," katanya ketika sidang media hari ini.

Tambah Dzulkhairi, setiap ahli sindiket dibayar antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, manakala penyelia pula menerima antara RM5,000 hingga RM6,000 bergantung peranan serta prestasi kerja.

"Mereka turut dijanjikan komisen antara RM500 hingga RM2,000 bagi setiap mangsa yang berjaya diperdaya," katanya.

Untuk sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan khidmat seks tidak wujud pula, beliau berkata mereka menyasarkan warga China melalui aplikasi DingTalk menggunakan skrip yang sudah diatur.

"Pemeriksaan di kedua-dua premis itu membawa kepada rampasan tiga komputer riba, 21 komputer, 85 telefon bimbit, tiga unit modem dan router, 18 dokumen skrip penipuan serta 32 pasport milik suspek.

"Semua suspek direman sehingga 30 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 120B Kanun Keseksaan, selain beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Tiada ulasan: