BILA MAHFUZ
MARAH ERTINYA
APA YANG DI BUAT
AMT BETUL
AMIN
BILA MUSUH
MENYERANG
INI TNDA BAIK
AMIN
ERTINYA APA
YANG DI BUAT
BUKAN PALAT
SIA SIA
KHALAS
Mahfuz bidas konvoi empat MB pembangkang 'bakar subsidi rakyat'
Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar membidas tindakan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa mahu menganjurkan konvoi besar-besaran melibatkan empat menteri besar daripada gabungan itu pada 4 April ini.
Mahfuz menyifatkan penganjuran program berkenaan sebagai satu tindakan politik tidak matang dan tidak sensitif terhadap realiti krisis tenaga global yang sedang melanda dunia ketika ini.
"Seruan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) adalah satu langkah bertanggungjawab dan berasaskan realiti semasa dunia. Namun, tindakan PAS dan PN menganjurkan konvoi membazir minyak menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.
"Penglibatan empat menteri besar dari negeri di bawah pentadbiran PN mewujudkan percanggahan moral.
"Persoalannya mudah, bagaimana pemimpin yang masih memerlukan bantuan pusat boleh secara terbuka menggalakkan pembaziran subsidi rakyat? Tangan kanan minta bantuan pusat, tangan kiri bakar subsidi rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas pemimpin PAS itu berkata demikian ketika mengulas program 'Konvoi bersama MB PN' yang dijadual pada 4 April ini di Kuala Nerus, Terengganu.
Konvoi itu adalah sebahagian daripada program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali kelima dan Himpunan Alam Melayu 2026 di Kuala Terengganu.
Malaysiakini telah menghubungi PAS bagi mendapatkan komen berkaitan kritikan terhadap penganjuran acara itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz menyifatkan tindakan itu bukan lagi sekadar perbezaan ideologi politik, sebaliknya melibatkan soal akauntabiliti dan kejujuran pemimpin terhadap nasib rakyat jelata.
"Ketika banyak negara lain mengambil langkah penjimatan akibat konflik geopolitik yang menjejaskan bekalan tenaga, pembangkang di Malaysia pula memilih untuk ‘berarak membakar minyak’.
"PAS dan PN memilih jalan songsang. Ini menunjukkan mereka tidak memahami krisis global dan tidak menghormati kesusahan yang sedang dialami oleh rakyat," katanya
Menurut bekas ahli parlimen Pokok Sena itu, setiap kilometer yang dilalui dalam konvoi tersebut merupakan dana awam yang hangus memandangkan bahan api yang digunakan adalah barangan bersubsidi.
"Hakikatnya, minyak yang dibakar dalam konvoi itu adalah subsidi rakyat. Setiap kilometer konvoi adalah duit rakyat yang hangus," katanya lagi.
Susulan perang di Asia Barat, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2 hingga 8 April meningkat kepada RM6.02 seliter. Ia meningkat RM0.50 berbanding harga minggu lepas.
Harga RON95 pula, dengan atau tanpa subsidi, kekal dengan masing-masing RM1.99 dan RM3.87 seliter.


4 ulasan:
Kah kah kah ya gaduh gaduh gaduh, gaduh sesama lain, yang lain duduk tepi perhatikan perangai yang bergaduh, semuanya kerana jawatan, kuasa pingat pangkat jawatan, asyik bergaduh sesama sendiri, kemudian salahkan orang lain amin syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, tak payah musuh lain, orang-orang sendiri akan korek lubang mayat amin kah kah kah syukur
Bikin konvoi ketika ini ertinya bodoh dan baghal
Setiap hari main mercun, main mercun bermakna apa? Mudah bermakna kaya raya? Orang kita kaya raya, kah kah kah, jangan silap jangan marah-marah, memang betul orang kita sudah kaya raya, semuanya makmur belaka, kalau setakat ajak ajak ayam untuk turun pertahan orang politik ini baik tak payahlah, sekarang ini kalau nak orang datang majlis pun kena buat cabutan bertuah, kena bagi kotak madani, kena bagi elaun makan mewah tahap hotel, setakat nasi bungkus tak main main woi, orang kita senang lenang makan di tempat viral, sibuk cari minyak lintah, sibuk shopping online, sibuk makan minum enjoy menjoy kah kah kah generasi engkau dah ketinggalan zaman woi kah kah kah sebab itulah cepat-cepat blah ke alam lain, asyik berulang cerita sama kah kah kah kah lembu pun tak boleh tahan woi
Simpan kebodohan dan muka tak malu di SG4, jangan bawak taik dan sampah ke sini. Khalas.
Catat Ulasan