KES RASUAH
KES SALAH
GUNA KUASA
KES PROJEK
PELABUHAN GAGAL
DI MELAKA TAK
DI GEMPUR
AMIN
HANYA BERANI
TANGKAP KHALWAT
AMIN
MAKA ISLAM
BAITUL HIKMAH
KINI DI LIHAT
LEKEH KERANA
KERJA BODOH
MACAM INI
KHALAS
Duda, janda disyaki berkhalwat dalam bas dicekup JAIM
MELAKA – Seorang pemandu bas berstatus duda dan seorang janda ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di dalam sebuah bas yang diparkir di stesen minyak di Jalan Hang Tuah di sini awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1.50 pagi Sabtu, lelaki berusia 37 tahun dan wanita 46 tahun berkenaan ditemui sedang tidur bersebelahan di atas kerusi dalam bas terbabit.
Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pemeriksaan dilakukan anggota penguat kuasa JAIM selepas menerima maklumat awam dan mendapati kedua-duanya gagal mengemukakan bukti hubungan mahram atau suami isteri.
“Ketika ditahan, pasangan itu yang berasal dari Melaka memberi alasan berdua-duaan dalam bas dalam keadaan mencurigakan untuk berehat selepas keluar makan bersama sebelum tertidur.
“Kedua-duanya gagal membuktikan mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan telah dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi serta siasatan lanjut,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan yang dijalankan bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya sebagai usaha mendidik masyarakat supaya mematuhi tuntutan agama dan mengelakkan perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah.
“JAIM sentiasa menasihatkan orang ramai agar menjaga batas pergaulan serta mengelakkan hubungan serta keadaan yang boleh menimbulkan syak wasangka dan bertentangan dengan hukum syarak,” katanya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan