PAGI INI
PAGI INI
AHAD 31 MEI 2026
PERANG HARI KE 93
GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN
TERAM HILANG
KAH KAH KAH
Rupa rupanya Teram masuk hospital kah kah kah pereka doktor. Doktor lapor Teram sehat TIDAK GILA – kah kah kah.
IRAN KAWAL SELAT HORMUZ
Amerika tak berani buat apa-apa – jika Amerika serang Iran maka Iran akan serang semua barua Amerika seperti Kuwait Saudi, Bahrain, Qatar dan UAE – kah kah kah.
Iran akan kenakan TOL – untuk laluan di Selat Hormuz – jeng jeng jeng.
SINGAPURA
Persidangan SHANGRILA di Singapura. Yang hadir Menteri Pertahanan – Amerika beri ingatan kepada negara Asia seperti Malaysia – Awas berjaga-jaga dengan China Merah. INI MUSUH MASA DEPAN.
MENTERI PERANG AMERIKA cadang semua negara di Asia naikkan dan tambah bajet senjata – KAH KAH KAH – ertinya beli lagi banyak senjata dari Amerika.
Tok BOMOH gunakan China Merah sebagai hantu kemudian jual tangkal – kah kah kah.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Kemarin hujan petang. KL & KL Sentral berkabus tebal – bangunan 118 berselaput kabus. Sinar belum kelihatan. Langit kelam.
Di Pintu Masuk Jantan berkokok. Ini Jantan Tua – suara enak didengar. Cengkerik bersimponi. Terkukur berlagu.
Siti datang berlari nak bergurau dengan Tak Tak tapi kena jerit. Yang lain datang makan. Tiong pun datang makan bersama.
Depan Pokok Ara Jantan Putih muncul - yang lain marah kerana Tak Tak masuk kawasan – Abang Kawasan menjerit marah.
Pulang di Wakaf Pertama - dari jauh gua dengar suara Tiong - Siti tidak kelihatan – Yang lain datang mendapat Friskies.
Hari ini akan panas. Mungkin petang hujan. Jika hujan petang malam sejuk santai seperti alam kemarin. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD
BRO
Orang baik dalam dunia ini ramai. Orang jahat tak ramai.
BRO
Orang jahat berkuasa dalam dunia ini kerana orang baik tak buat apa apa.
BRO
Buat baik pada sesiapa saja – tanpa memerlukan sebab. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI




Tiada ulasan:
Catat Ulasan