LEPAS MERISEK
BARU BERTUNANG
AMIN
LEPAS BERTUNANG
BARU KAHWIN
AMIN
MASA KAHWIN
ADA BERSANDING
AMIN
LEPAS BERSANDING
BARU NGENTOT
KAH KAH KAH
KHALAS
BERSAMA dakwa 'dirisik' wakil rakyat PH, UMNO
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, mendakwa Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) dirisik beberapa ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) dan UMNO yang menyatakan minat menyertai perjuangan bersama Datuk Seri Rafizi Ramli.
Bagaimanapun, Nik Nazmi yang juga bekas Ahli Parlimen Setiawangsa menasihati mereka menunggu sehingga pembubaran Parlimen bagi mengelak implikasi, termasuk kestabilan kerajaan.
"Kita ada terima (risikan) daripada wakil rakyat PH dan parti lain yang menyatakan minat untuk masuk BERSAMA, cuma kita kata buat masa ini kekal dulu.
"Kami fikir mengenai kesesuaian masa dan sebagainya. Bukan orang (ahli Parlimen) PKR yang empat lima orang itu sahaja, ramai juga daripada PH dan beberapa parti lain tanya.
"Cuma kami kata tunggu dulu sebab banyak perkiraannya termasuk aspek kestabilan kerajaan, bukan kami tidak fikir benda itu," katanya kepada BH, di sini.
Nik Nazmi dan Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, mengambil alih BERSAMA pada 17 Mei lalu.
Sehari selepas itu, mereka mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen masing-masing.
Ketika majlis pengumuman pengambilalihan BERSAMA, lima ahli Parlimen PKR turut hadir iaitu Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), M Kesavan (Sungai Siput) dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).
Nik Nazmi yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, beliau dan Rafizi perlu bergerak terlebih dahulu walaupun terpaksa mengorbankan kerusi Parlimen masing-masing bagi persediaan menuju pilihan raya.
46 peratus pengundi atas pagar
Daripada 20,000 keahlian baharu BERSAMA, katanya, 46 peratus adalah pengundi atas pagar atau kali pertama menyertai parti politik.
Nik Nazmi berkata, 29 peratus adalah daripada PKR; 6.3 peratus (UMNO); 5.2 peratus (PAS); masing-masing 2.5 peratus (AMANAH dan BERSATU); 2.2 peratus (MUDA) dan 1.3 peratus (DAP).
"Kalau kira ahli daripada parti Melayu sahaja iaitu UMNO, PAS, BERSATU dan AMANAH, kira-kira 15 peratus kita terima penyertaan daripada segmen terbabit.
"Dari segi pecahan kaum, kira-kira 62 peratus keahlian kita terima adalah orang Melayu, 16 peratus India dan 15 peratus, kaum Cina," katanya.
Beliau berkata, peratusan tinggi keahlian pengundi atas pagar menunjukkan golongan terbabit mencari kuasa ketiga kerana sudah tidak boleh mengharapkan parti sedia ada mewakili mereka.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan