Isnin, 25 Mei 2026

HORMAT HAK ASASI


AL-FATIHAH

AMIN

BERITA SEPERTI

INI WAJIB MEDIA

LAPORAN SELALU

AGAR MALAYSIA

MENUJU JADI

NEGARA YANG

HORMAT PADA

HAK ASASI

AMIN

BUKAN KERANA

MELAYU CHINA

INDIA DAYAK

TAPI PERTAHA

HAK ASASI

MEREKA SEBAGI

MANUSIA

KHALAS


Wujud pelanggaran hak asasi manusia serius dalam kematian tahanan Penjara Taiping - SUHAKAM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mendapati kekerasan melampau, kelewatan rawatan dan kecuaian petugas penjara menyumbang kepada kematian tahanan, Gan Chin Eng, dalam insiden di Penjara Taiping tahun lalu.

Dapatan itu diputuskan hasil Inkuiri Awam SUHAKAM berhubung pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas insiden pada 17 Januari 2025 di Penjara Taiping yang diumumkan hari ini.

Pengerusi SUHAKAM, Mohd Hishamuddin Yunus, berkata panel inkuiri memutuskan kematian Chin Eng sebagai satu pelanggaran hak asasi manusia yang serius.

Beliau berkata, panel mengenal pasti beberapa pelanggaran hak asasi manusia yang menyumbang kepada kematian tahanan berusia 61 tahun itu termasuk kekerasan terhadap mangsa, kelewatan rawatan, kecuaian dalam pemberian rawatan serta kekurangan kemudahan rawatan kecemasan.

"Panel Inkuiri Awam mendapati terdapat pelbagai fakta yang menunjukkan kekerasan melampau dilakukan ke atas Chin Eng oleh anggota penjara.

"Panel juga mendapati kecederaan dialami Chin Eng konsisten dengan tindakan kekerasan anggota Penjara Taiping semasa insiden itu sehingga menyebabkan kematiannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan keputusan akhir Inkuiri Awam berhubung pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas insiden pada 17 Januari 2025 di Penjara Taiping, di pejabat SUHAKAM, hari ini.

Menurut beliau, panel juga mendapati berlaku kelewatan rawatan pada beberapa peringkat selepas insiden itu termasuk ketika Chin Eng dipindahkan ke Blok E, iaitu blok penempatan tahanan di penjara berkenaan, dalam keadaan lemah dan menunjukkan tanda kesakitan.

Katanya, keadaan Chin Eng semakin kritikal ketika berada di blok itu, namun anggota Unit Keselamatan dan Pencegahan (UKP) yang bertugas tidak mengambil tindakan segera untuk membawanya mendapatkan rawatan.

"Di pintu besar pula berlaku kelewatan membawa Chin Eng ke Hospital Taiping walaupun masa tindak balas bagi kes kecemasan sekitar lima minit.

"Chin Eng berada di pintu besar sekurang-kurangnya 35 minit atau lebih lama sebelum dibawa ke hospital," katanya.

Mohd Hishamuddin berkata, panel turut mengambil kira jarak antara Penjara Taiping dan Hospital Taiping yang hanya kira-kira dua kilometer serta mengambil masa sekitar lima hingga 10 minit perjalanan.

Katanya, kelewatan dan tindakan sambil lewa menghantar Chin Eng mendapatkan rawatan oleh anggota penjara serta kakitangan perubatan sama sekali tidak boleh diterima.

"Panel Inkuiri Awam juga mendapati berlaku kecuaian apabila Chin Eng tidak diberikan rawatan awal kecemasan sebelum dihantar ke hospital meskipun jelas dia berada dalam keadaan lemah dan menunjukkan tanda kesakitan," katanya.

Beliau berkata, panel juga mendapati kakitangan perubatan meninggalkan Chin Eng tanpa pemantauan petugas kesihatan.

"Keadaan Chin Eng menjadi semakin kritikal sehingga tahanan lain cuba membantu sebelum dia dibawa ke hospital.

"Oleh itu panel memutuskan pegawai perubatan dan penolong pegawai perubatan cuai dalam melaksanakan tugas mereka sebagai kakitangan perubatan," katanya.

Berlaku pengabaian dan kecuaian perubatan

Sehubungan itu, katanya panel juga memutuskan berlaku pengabaian dan kecuaian perubatan oleh anggota penjara serta kakitangan perubatan Penjara Taiping yang secara langsung menyumbang kepada kematian Chin Eng.

Pada 27 Januari 2025, Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan berlaku kejadian provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari tahun sama yang menyebabkan seorang banduan meninggal dunia.

Kejadian itu kemudian mendapat perhatian ramai susulan dakwaan berlaku kekasaran terhadap lebih 100 banduan hingga menyebabkan seorang tahanan maut, selain lebih 30 laporan polis dibuat keluarga banduan.

Pemangku Ketua Polis Perak ketika itu, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat dilaporkan berkata, polis sudah mengambil keterangan 82 individu termasuk dua pegawai penjara bagi membantu siasatan.

Pada 19 Disember 2025, seorang pegawai penjara, Ryndee O'nel Victor, 25, didakwa di Mahkamah Majistret Taiping atas pertuduhan menyebabkan kematian Chin Eng mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebelum mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin.

SUHAKAM kemudian memulakan inkuiri awam berhubung insiden itu selepas menerima dakwaan pencabulan hak asasi manusia membabitkan kematian tahanan dan kecederaan beberapa banduan.

Pesuruhjaya SUHAKAM, Farah Nini Dusuki, dilaporkan berkata pihaknya memasuki Penjara Taiping dari 25 hingga 27 Februari 2025 bagi menjalankan siasatan sebelum skop siasatan diperluas ke hospital dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan.

Tiada ulasan: