SULTAN CONTOH
WAJIB
JADI IKUTAN
AMIN
SEDAR PENTING
ALAM SEKITAR
AMIN
JANGAN BOM
POKOK DAN
GALI LUBANG
HARAM
CARI BIJI EMAS
KHALAS
Semua aktiviti ketenteraan perlu dapat perkenan Sultan Pahang – Tengku Hassanal
KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kebimbangan terhadap sebarang aktiviti latihan dan eksesais ketenteraan yang dirancang di kawasan kepulauan dalam Negeri Pahang kerana berpotensi memberi kesan kepada ekosistem alam sekitar.
Menerusi kenyataan hari ini, baginda bertitah, aspek pemeliharaan flora dan fauna negeri perlu diberi perhatian serius dalam pelaksanaan sebarang aktiviti melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Latihan ketenteraan sememangnya penting bagi meningkatkan kemahiran serta pengalaman pegawai dan anggota tentera namun ia hendaklah dilaksanakan secara terkawal, bertanggungjawab dan selamat tanpa menjejaskan keharmonian alam sekitar serta kepentingan masyarakat setempat.
“Pihak ATM bersama semua jabatan dan agensi berkaitan terlebih dahulu menyembah maklum serta mendapatkan perkenan daripada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum melaksanakan sebarang latihan atau eksesais ketenteraan di Negeri Pahang,” titahnya.
Baginda turut menitahkan supaya semua pihak mematuhi dan menjunjung titah tersebut.
Baginda tidak akan teragak-agak meminta kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur yang berlaku. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan