Isnin, 25 Mei 2026

PUNCA TELAH DI TEMUI


DAH DI SASAT

DAH DI TEMUI

PUNCA 

AMIN

MAKA

SETERUANYA APA

TINDAKAN

DI AMBIL

KHALAS


Pegawai penjara punca rusuhan, hak asasi tahanan dicabuli - Suhakam

Rumusan panel siasatan awam Suhakam mendapati insiden rusuhan melibatkan lebih 100 banduan di Penjara Taiping tahun lepas, yang mengakibatkan kematian seorang tahanan, dicetuskan oleh pengurusan dan kakitangan penjara sendiri,.

Pengerusi Suhakam Hishamudin Yunus berkata panel itu mengenal pasti beberapa pencabulan fizikal oleh kakitangan penjara terhadap banduan semasa insiden tersebut. Ini termasuk menumbuk dan menendang mereka, serta menyembur serbuk lada pada mereka yang duduk dalam barisan dengan kedua-dua tangan digari.

“Justifikasi pegawai penjara terhadap pencabulan sedemikian - yang dakwa mereka hanya menggunakan ‘kekerasan minimum’ yang tidak akan menyebabkan kematian tetapi demi menjaga keselamatan - sama sekali tidak boleh diterima.

“Tindakan kakitangan ‘seperti naik hantu’ semasa operasi pemindahan tahanan, jelas menunjukkan bahawa tafsiran ‘kekerasan minimum’ hanya digunakan sebagai alasan dan bersifat defensif untuk mewajarkan tindakan yang melebihi batas undang-undang dan mencabuli hak asasi manusia,” kata Hishamudin, semasa membentangkan hasil siasatan awam panel hari ini.

Dapatan itu merupakan hasil siasatan panel yang dijalankan pada 2025, bagi menyiasat insiden yang mengakibatkan kematian Gan Chin Eng.

Panel itu diketuai oleh Hishamuddin bersama pesuruhjaya Suhakam Farah Nini Dusuki.

Kecuaian perubatan

Dia berkata pegawai penjara yang terlibat dalam rusuhan memukul banduan berulang kali, secara tidak bertanggungjawab dan sewenang-wenangnya menggunakan senjata termasuk cotar yang menyebabkan kecederaan serius kepada mereka, seperti luka di kepala dan patah tangan.


Hishamudin seterusnya berkata beberapa kes kecuaian berlaku selepas insiden itu termasuk kelewatan dalam rawatan perubatan, salah diagnosis dan salah guna peralatan untuk pemeriksaan perubatan.

Panel juga mengenal pasti penipuan dalam dokumentasi rekod perubatan banduan.

“Terdapat nota yang ditulis oleh kakitangan perubatan penjara pada kad perubatan banduan mengenai punca kecederaan serta rujukan mereka ke hospital mengandungi maklumat yang tidak tepat, berat sebelah dan mengelirukan.

“Antara nota yang dikenal pasti ialah banduan yang bermusuhan memulakan rusuhan, ‘tahanan mendakwa kononnya terjatuh, enggan/tidak mahu bekerjasama, ditarik ke tepi.

“Tiada sebarang rekod keganasan dilakukan oleh kakitangan penjara atau senjata yang digunakan hingga menyebabkan kecederaan kepada banduan, walaupun kakitangan perubatan berada di tempat kejadian semasa insiden itu berlaku.”

Tindakan memalsukan dan memanipulasi rekod perubatan banduan, kata Hishamudin, menunjukkan amalan “kesetiaan berganda” oleh kakitangan perubatan penjara.

“Panel menegaskan bahawa tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan perubatan yang bebas dan tidak dipengaruhi oleh tekanan atau sebarang kepentingan institusi terletak sepenuhnya pada kakitangan perubatan.

“Pegawai perubatan, khususnya, mempunyai kewajipan untuk mengutamakan kesihatan pesakit dalam semua keadaan, tanpa mengira status tahanan sebagai banduan,” tambah Hishamudin.

Selain pencabulan fizikal, panel juga mendapati pihak penjara mencabuli hak asasi manusia banduan di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan, serta Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT).

Layanan tidak berperikemanusiaan

Panel itu juga mengesahkan bahawa banduan menerima layanan tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah selepas insiden itu, dengan mereka dinafikan kemudahan asas dan kebajikan seperti akses kepada kebersihan diri, pakaian bersih, tilam dan selimut.

“Banduan dihalang daripada menghubungi pihak luar bagi mengelakkan keluarga mereka dimaklumkan tentang insiden itu.

“Kami (panel) juga mendapati beberapa laporan polis yang dibuat oleh pegawai penjara terhadap banduan mengandungi maklumat palsu dan tidak tepat yang tidak menggambarkan insiden sebenar.

“Laporan polis menunjukkan bahawa tahanan memulakan provokasi, bertindak agresif dan menyerang kakitangan penjara. (Tetapi) sebaliknya, panel mendapati insiden pada 17 Jan itu berpunca daripada tindakan pegawai penjara sendiri.”

Kematian Gan

Hishamudin berkata panel mendapati terdapat pelbagai fakta yang boleh merumuskan keganasan melampau dikenakan ke atas Gan oleh pegawai penjara yang menyebabkan kematiannya.

Walaupun tiada saksi mata mahupun bukti langsung untuk menyokong dapatan ini, kata Hishamuddin, fakta yang dikemukakan semasa prosiding siasatan serta bukti mengikut keadaan jelas menunjukkan kecederaan si mati adalah akibat keganasan.

Mereka juga mendapati si mati tidak menerima rawatan perubatan dan dia “dilewatkan” di pintu pagar utama penjara selama kira-kira 35 minit atau lebih, sebelum dibawa ke Hospital Taiping, yang terletak kira-kira 2km dari penjara.

Seterusnya, panel memutuskan bahawa pihak penjara melakukan kecuaian perubatan dan pengabaian terhadap Gan, yang merupakan pelanggaran kewajipan menjaga oleh pegawai penjara yang secara langsung menyumbang kepada kematian.

Pengurusan penjara teruk

Selain keganasan dan pencabulan hak asasi manusia, panel mengenal pasti pengurusan pentadbiran penjara yang lemah, dalam memindahkan tahanan dari Blok B ke E di dalam penjara juga menjadi faktor penyumbang kepada insiden itu.

Ini kerana, kata Hishamudin, keputusan pengurusan penjara untuk menempatkan banduan di Blok E menjadi pencetus kepada pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka.

Semasa prosiding siasatan awam, ketua pengarah Jabatan Penjara Abdul Aziz Abdul Razak berkata banduan enggan berpindah ke blok itu kerana kemudahan tandasnya, yang menggunakan sistem tandas baldi, adalah tidak wajar dan Jabatan Kerja Raya berkata blok itu tidak selamat untuk diduduki.

Dalam dapatan panel, Hishamuddin berkata keadaan Blok yang mengalami kerosakan struktur, seperti penggunaan sistem baldi tandas, sel yang kotor serta limpahan air ke dalam sel ketika hujan lebat, memerlukan pembaikan menyeluruh.

Syor panel

Panel menggariskan beberapa syor, untuk memastikan pencabulan dan insiden sedemikian tidak berulang, termasuk pihak berkuasa menyiasat insiden itu secara bebas dan pegawai yang terlibat didakwa dengan segera.

“Kami mengesyorkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap insiden itu, memandangkan siasatan sebelum ini hanya tertumpu kepada kematian Gan.

“Polis mesti memastikan siasatan adalah telus, dijalankan dengan segera dan tanpa birokrasi, memandangkan seriusnya kesalahan itu.

“Pihak berkuasa juga perlu menyiasat laporan polis palsu yang dibuat oleh pegawai penjara.

“Kami juga mengesyorkan agar Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai perubatan penjara kerana melanggar etika mereka sebagai pekerja kesihatan.”

Panel itu, tambah Hishamudin, juga mengesyorkan pihak pengurusan penjara menghapuskan amalan menggunakan sistem baldi tandas di semua institusi penjara kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.

“Keperluan asas banduan perlu dipenuhi secara konsisten, termasuk aspek kebersihan diri, persekitaran penjara, dan akses kepada kemudahan asas,” katanya.

Tiada ulasan: