SALUT
HIZBULLAH
AMIN
INI ANGKA
YG DI UMUM
BUKAN ANGKA
SEBENAR
AMIN
UNTUK KELUARGA
DAN ORANG RAMAI
AMIN
JUMLAH TEWAS
MASIH RAMAI
DI RHSIAKAN
KHALAS
Tentera Israel terbunuh di selatan Lubnan
BAITULMAQDIS: Israel hari ini mengumumkan seorang tenteranya terbunuh di selatan Lubnan, menjadikan jumlah anggota pasukan itu yang maut dalam peperangan dengan Hizbullah kini mencecah 23 orang.
Menurut tentera Israel dalam satu kenyataan, anggota maut itu dikenali sebagai Sarjan Nehoray Leizer, 19, dari Batalion Kejuruteraan Tempur Ke-601.
Dalam kenyataan berasingan melalui Telegram pula, tentera Israel berkata, seorang lagi tentera mengalami kecederaan parah dalam insiden sama, sebagaimana dilaporkan AFP.
Setakat ini, seramai 24 warga Israel membabitkan 23 tentera dan seorang kontraktor awam, terbunuh sejak perang itu meletus pada 2 Mac lalu.
Sementara itu, sekurang-kurang 18 terbunuh, manakala beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, semalam, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media kerajaan.
Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, seramai 11 orang terbunuh dan sembilan cedera dalam serangan udara Israel ke atas bandar Seir al-Gharbiyeh di wilayah Nabatieh.
Agensi berita Lubnan, NNA melaporkan sebuah jet pejuang menyerang bandar Bazouriyeh di daerah Tyre, mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan dua lagi.
Serangan dron Israel turut membunuh seorang lelaki di bandar Arabsalim di daerah Nabatieh, menurut agensi itu.
Selain itu, sebuah rumah terkena serangan Israel di bandar Toura, Tyre, menyebabkan seorang wanita terbunuh dan dua lagi cedera.
NNA kemudian melaporkan serangan tambahan di wilayah Nabatieh, termasuk serangan di Abba dan Jebchit, manakala serangan dron Israel di Doueir mengorbankan seorang petani berusia 50 tahun.
Seorang anggota paramedik Pertubuhan Kesihatan Islam terbunuh selepas pasukan pertahanan awam diserang Israel ketika memeriksa lokasi serangan terdahulu di Arabsalim, lapor NNA.
Di tengah-tengah serangan itu, tentera Israel mengarahkan penduduk enam kampung di selatan Lubnan supaya segera berpindah sebelum serangan dilancarkan.
Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, berkata penduduk di Kfarsir, Seir al-Gharbiyeh, Zrariyeh, Ansar, Mazraat Kawthariyet El Riz dan Kharayeb perlu bergerak sekurang-kurang 1,000 meter ke kawasan terbuka.
BERNAMA-ANADOLU melaporkan lagi, serangan itu berlaku meskipun gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) sepatutnya kekal berkuat kuasa hingga awal Julai depan.
Lebih 3,100 orang terbunuh dan lebih 9,500 cedera, manakala 1.6 juta lagi hilang tempat tinggal akibat pengeboman Israel di Lubnan sejak 2 Mac lalu susulan konflik berterusan Israel-Hizbullah, menurut pegawai Lubnan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan