LEPAS MAFIA
KOPORAT ADA
MAFIA DADAH
AMIN
SEMUA SATU
PASUKAN
KHALAS
KASTAM DAN POLIS PERLU BERI PENJELASAN BERHUBUNG KES DADAH BERPROFIL TINGGI
Kami ingin mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkembangan siasatan kes rampasan dadah berskala besar yang dilakukan pada 4 Jun 2026 di Kg Dock, Bukit Tengah, Pulau Pinang. Kes tersebut melibatkan ahli keluarga seorang ADUN DAP Pulau Pinang, manakala individu-individu yang ditahan juga merupakan pemimpin cawangan DAP di kawasan Permatang Pauh.
Hampir seminggu telah berlalu sejak tangkapan dibuat, namun sehingga kini masih tiada perkembangan atau penjelasan rasmi yang terperinci daripada pihak Kastam mahupun Polis. Memandangkan kes ini melibatkan rampasan dadah dalam jumlah yang besar serta individu yang mempunyai kaitan dengan seorang wakil rakyat yang sedang berkhidmat, rakyat berhak mengetahui status siasatan serta tindakan yang sedang diambil.
Apa yang lebih membimbangkan ialah maklumat bahawa individu yang dikaitkan dengan kes terkini ini pernah ditahan dalam satu kes melibatkan rampasan dadah berskala besar pada tahun 2022 di lokasi yang sama, tetapi akhirnya dibebaskan. Kini timbul persoalan mengapakah kes seumpama ini berulang dan sama ada semua aspek siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh.
Rakyat juga berhak mengetahui sama ada terdapat sebarang cubaan campur tangan terhadap proses siasatan.
Dalam kes yang melibatkan rampasan dadah dalam jumlah besar, pihak Kastam dan Polis juga perlu menjelaskan status tindakan yang telah diambil terhadap individu-individu yang ditahan. Mengapa individu-individu ini masih boleh bebas menjalankan aktiviti mereka walaupun pernah ditangkap sebelum ini? Adakah undang-undang pencegahan hanya terpakai kepada golongan tertentu sahaja?
Masalah dadah di Pulau Pinang semakin membimbangkan. Kemunculan pelbagai bentuk dadah baharu termasuk cendawan halusinogen, vape yang mengandungi bahan terlarang serta pelbagai produk berasaskan dadah yang dipasarkan kepada golongan muda merupakan ancaman serius kepada masa depan negeri dan negara.
Oleh itu, persoalan yang perlu dijawab ialah sama ada sindiket dadah kini semakin berani menggunakan pengaruh politik untuk melindungi kegiatan mereka. Jika terdapat dakwaan atau petunjuk ke arah itu, adakah siasatan turut diperluaskan kepada mana-mana pihak yang mungkin mempunyai kaitan atau pengaruh terhadap kes tersebut?
Kami menyeru JKDM dan PDRM supaya tampil memberikan penjelasan yang tuntas kepada rakyat bagi memastikan keyakinan terhadap integriti proses penguatkuasaan dan sistem keadilan negara terus terpelihara.
Rakyat mahu melihat tindakan tegas terhadap pengedar dan sindiket dadah tanpa mengira kedudukan, pengaruh politik atau hubungan mereka dengan mana-mana pihak.
DAVID MARSHEL
TIMBALAN PENGERUSI INTERIM
URIMAI
SATEES MUNIANDY
SETIAUSAHA
URIMAI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan