Selasa, 9 Jun 2026

MB KEDAH LANGKAH BIJAK


LANGKAH BIJAK

SANUSI

AMIN

PASTIKAN KHIDMAT

 RAKYAT 

DIJAGA  BUKAN

REBUT KUASA

KHALAS



Sanusi kekalkan exco Bersatu selagi sokong kerajaan negeri

Di sebalik keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu, perkara itu tidak menjejaskan kedudukan barisan exco Bersatu dalam kerajaan negeri Kedah setakat ini.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun katanya, mereka mesti berpendirian menyokong kerajaan negeri.

"Kekal (exco Bersatu), tiada perubahan selama mereka berpendirian menyokong kerajaan negeri," katanya ringkas melalui pesanan teks, hari ini.

Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS berkata demikian ketika ditanya kedudukan exco Bersatu dalam pentadbirannya susulan perkembangan hubungan politik antara kedua-dua parti berkenaan.

Terdahulu, PAS membuat keputusan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu susulan pertembungan tajam parti gabungan PN itu mutakhir ini.

Perkara itu dinyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dalam kenyataan media selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, malam tadi.

Sementara itu, ditanya sama ada keputusan itu bercanggah dengan pendirian terkini parti, Sanusi berpandangan sebaliknya.

“Tak apa. Keputusan kita (PAS) tak ganggu kerajaan-kerajaan negeri selama terus menyokong boleh saja kekal (dalam kerajaan),” katanya.

Di Kedah, Bersatu mempunyai dua exco iaitu Adun Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad (kebajikan, wanita, keluarga dan masyarakat) dan Adun Kubang Rotan, Mohd Salleh Saidin (pelancongan, kebudayaan dan keusahawanan).

Sebelum ini Sanusi juga mengekalkan Adun Suka Menanti Dzowahir Ab Ghani (pertanian, perladangan dan pengangkutan) walaupun telah dipecat daripada Bersatu kerana hadir dalam  acara bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin.

Malaysiakini juga sedang mendapatkan reaksi ketiga-tiga Adun terbabit berhubung perkara itu.

Tiada ulasan: