ANWAR
BIN IBRAHIM
JADI PM KALI
KEDUA BUKAN
KERANA
ADA SOKONGAN
MELAYU
AMIN
MADAFAKA
TERUS BERKUASA
KERANA PEMIMPIN
MELAYU DLM PN
BODOH & BEBAL
KHALAS
PAS-BERSATU putus, tapi mungkin kekal dalam PN
KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS kunci mulut berhubung kedudukan parti itu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), selepas mengumumkan keputusan menghentikan kerjasama politik bersama BERSATU.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, memberi isyarat parti berkenaan ketika masa ini masih kekal berada dalam gabungan berkenaan.
"Itu saya tidak mahu ulas lagi setakat ini. Setakat malam ini begitulah (masih dalam PN)," katanya ditemui media selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu pejabat parti itu, di sini, malam tadi.
Terdahulu, PAS mengejutkan landskap politik tanah air apabila mengumumkan keputusan menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan BERSATU selepas meneliti kedudukan serta hala tuju hubungan antara kedua-dua parti.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas berkenaan yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Ditanya sama ada keputusan memutuskan hubungan dengan BERSATU itu dipersetujui oleh majoriti pimpinan tertinggi parti, Ahmad Fadhli bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perjalanan mesyuarat berkenaan.
"Saya tidak boleh komen mengenai perjalanan mesyuarat. Tidak (panas) ...penghawa dingin berfungsi dengan baik," katanya.
Mesyuarat tak bincang kedudukan PAS dalam PN
Beliau turut memaklumkan bahawa agenda mesyuarat khas pada malam tadi tidak menyentuh atau membincangkan soal kedudukan semasa PAS dalam PN.
Sementara itu, Pengerusi PN Perlis, Shahidan Kassim, turut mengambil pendekatan serupa dan meminta pihak media merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS.
"Kenyataan Presiden tidak menyentuh pasal PN, jadi kedudukan adalah sebagaimana yang lama (masih kekal)," katanya.
Mengulas mengenai situasi politik di Perlis susulan keputusan itu, Shahidan berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung status kerajaan negeri selepas mendapat arahan rasmi daripada pucuk pimpinan pusat.
"Isu Perlis, saya akan keluarkan kenyataan apabila mendapat arahan selanjutnya daripada PAS Pusat," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan