Selasa, 9 Jun 2026

PENDATANG HARAM - AGENDA PRU16


DALAM PRU16

PARTI POLITIK

YANG BAWA

AGENDA 

WARGA ASING &

PENDATANG HARAM

AKAN JADI

KERAJAAN

KHALAS


Lebih 30,000 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen, 2,324 dikesan salah guna pas

KUALA LUMPUR: Seramai 30,801 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen di seluruh negara sehingga 31 Mei lalu dan 2,324 daripadanya menyalahgunakan pas diberikan dengan terbabit aktiviti tidak selaras dengan tujuan kemasukan ke Malaysia.

Susulan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata pihaknya memperhebatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang melanggar syarat pas atau menjalankan aktiviti pekerjaan dan perniagaan tanpa kebenaran sah.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen kekal komited memastikan kemudahan imigresen yang diberikan kepada warga asing digunakan mengikut tujuan asal, selain memelihara ketenteraman awam, integriti sistem imigresen dan persekitaran ekonomi yang adil.

"Bagi memperkukuh penguatkuasaan, kita memperkenalkan beberapa langkah strategik termasuk penubuhan inspektorat penguatkuasaan, operasi berfokus di lokasi berisiko tinggi, tindakan tegas terhadap majikan melanggar peraturan imigresen dan mempergiat operasi bersepadu dengan agensi penguat kuasa lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zakaria berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing dan majikan yang melakukan kesalahan turut dimasukkan dalam petunjuk prestasi utama (KPI) tahunan jabatan sebagai sebahagian usaha meningkatkan pematuhan terhadap undang-undang negara.

Beliau berkata, jabatan itu akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan dan memperkukuh kerjasama dengan kementerian, agensi penguat kuasa serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan kesalahan berkaitan imigresen dapat ditangani lebih berkesan dan menyeluruh.

Tiada ulasan: