PANDANGAN
MASYARAKAT
CHINA TERDAHAP
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
FB LIM HONG SIANG
Sudah tentu ada dalam kalangan komuniti Cina yang terkesan dengan nukilan ini, terutamanya generasi yang menyokong Reformasi. Satu sisi yang mungkin terlepas pandang oleh pimpinan PKR, mengapa anak muda Cina seperti Lee Chean Chung memilih PKR, dan bukannya DAP ketika mengambil keputusan untuk berkecimpung dalam politik?
Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini seolah-olah memperlihatkan bahawa ruang untuk reformasi semakin sempit dalam PKR. Biasalah, jalan singkatnya, menyimpulkan kesemua ini sebagai "politicking", dan serang habis-habisan mereka yang tinggalkan PKR.
Cuma langkah ini tidak menoktahkan masalah. Langkah ini cuma menoktahkan riwayat sebuah perjuangan. Renung-renunglah.
FB LEE CHENG CHUNG
𝗦𝗲𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝟭𝟴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝟴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶, 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁. 𝗡𝗮𝗺𝘂𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶, 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻.
Dari tahun 2008 hingga 2011, saya berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik di Pejabat Ketua Pembangkang Anwar bin Ibrahim, bertanggungjawab menyediakan analisis serta penyelidikan dasar dan strategi untuk kira-kira 30 orang Ahli Parlimen.
Pada tahun 2012, saya sekeluarga pulang ke Kuantan untuk memulakan perkhidmatan di akar umbi. Asalnya pilihan raya umum diramal akan diadakan dalam jangka pendek, namun akhirnya saya terpaksa bertahan selama 18 bulan dengan menggunakan simpanan sendiri. Pada 5 Mei 2013, saya berjaya memenangi kerusi DUN Semambu — satu kerusi yang tidak pernah ditembusi sejak tahun 2004.
PKR pada waktu itu tidak mengamalkan budaya di mana “pemimpin pusat turun sebagai calon payung terjun, menabur wang dengan sumber yang dikuasai” pada waktu itu. Pusat khidmat pertama yang saya cari ketika itu sebenarnya boleh digelar sebagai “ruang kongsi”, kerana saya tidak mampu menyewa keseluruhan premis, sebaliknyahanya mampu menyewa separuh ruang pejabat tingkat atas di Jalan Haji Ahmad, Kuantan. Rasa segan dan rasa bersalah berbaur apabila diimbau semula pengalaman ini, kerana pembantu pertama saya, Encik Pang, hanya mampu saya berikan elaun minyak sebanyak RM300 sebulan.
Hari ini, ramai VIP boleh terus memperoleh sumber yang besar untuk bergerak di akar umbi. Malah, Madani Mart pun sudah dibuka di Kuantan, sesuatu yang sukar dibayangkan pada ketika itu.
Perayaan Kuih Bulan menjalinkan hubungan antara masyarakat Tionghua dengan gerakan Reformasi ketika itu. Rakan-rakan seperjuangan lama PKR sudah tentu masih ingat perarakan tanglung, serta jualan kuih bulan yang dicetak dengan logo parti untuk kutipan dana. Ramai antara rakan Melayu saya mencuba Kuih Bulan halal buat kali pertama.
Tiada konsep “peruntukan” untuk pembangkang ketika itu. Untuk mengutip dana aktiviti, kami perlu turun sendiri ke kedai kopi, tapak ceramah, pasar pagi dan pasar malam sambil menjual akhbar Suara Keadilan (RM2 senaskhah). Saya juga pernah mengajak ramai penjaja membantu menganjurkan jualan amal; kupon pula dijual pada harga RM10, senaskah demi senaskah. Andainya diimbas, tidak terbayar saya hutang budi itu, dan sudah tentunya terpaksa dibawa mati.
Di samping dana, parti juga perlu menyediakan pelapis baharu dan membina jambatan komunikasi dengan masyarakat, untuk kita perkembangkan parti.
Ketika saya memegang jawatan Ketua Penerangan AMK, kami menganjurkan program #KenaliKeadilan bagi membolehkan ahli-ahli baharu memahami perjuangan parti dengan lebih mendalam. Program ini berjaya memberi peluang kepada anggota-anggota baharu yang mendaftar secara dalam talian untuk mengenali wadah politik baharu mereka ketika itu.
Memandangkan rakyat Pahang pada waktu itu sangat prihatin terhadap isu alam sekitar, saya turut menggerakkan penubuhan Biro Alam Sekitar. Saya beserta rakan-rakan sehaluan juga pernah ke Tasik Chini untuk membantah pencemaran air tasik yang bertukar merah akibat perlombongan bijih besi. Entah dari mana datangnya keberanian itu, saya pernah masuk ke pedalaman Baram, Sarawak secara bersendirian, selama hampir dua minggu untuk membantah pembinaan empangan yang bakal menenggelamkan tanah perkuburan nenek moyang masyarakat Orang Ulu. Ketika itu, tiada isyarat telefon dikesan dalam kawasan pedalaman, sehingga keluarga saya bimbang sama ada saya telah dibaham buaya.
Pada 9 Februari 2015, sehari sebelum Anwar bin Ibrahim dipenjarakan, saya bersama rakan-rakan seperjuangan menganjurkan majlis makan malam solidariti di Padang Timur, Petaling Jaya, yang dihadiri ribuan orang.
Selepas Anwar bin Ibrahim dipenjarakan, kami segera menggerakkan kempen #Kitalawan sepanjang tahun 2015 hingga 2016 untuk menuntut pembebasan Anwar, siasatan terhadap Najib, dan reformasi institusi. Ketika itu PAS sudah keluar dan Pakatan Rakyat telah berpecah. Saya menyaksikan sendiri bagaimana himpunan di Sogo yang pada awalnya kecil dan lengang, kemudian berkembang semakin besar seiring dengan perkembangan isu 1MDB dan pelbagai isu lain. Ia benar-benar satu keajaiban kuasa rakyat. Malangnya, saya dan beberapa rakan telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kami berdepan dengan risiko kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat dan saya terpaksa berulang-alik banyak kali dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri prosiding mahkamah.
Pada masa itu juga, kami melancarkan kempen “Sejuta Tandatangan Bebaskan Anwar”. Tidak cukup dengan mencukur kepala sendiri, ramai lagi yang kami bawa ke hadapan bangunan Parlimen, sama ada ditarik mahupun ditolak, untuk mencukur kepala. Kesemua ini tidak lain tidak bukan untuk membangkitkan semangat orang ramai dalam suasana yang agak suram dan hambar sebermulanya.
Pada tahun 2018, akhirnya kerajaan persekutuan bertukar! Selepas pemilihan parti, saya dilantik sebagai Bendahari Agung. Ketika itu saya memperkenal Geran Impak Keadilan, bagi membiayai aktiviti akar umbi yang mempunyai tujuan dan nilai perjuangan yang jelas. Sehingga hari ini, masih ramai yang bertanya mengapa selepas PKR menjadi kerajaan, tiada lagi program tetap dengan kaedah permohonan yang jelas untuk membantu ahli parti menjalankan kerja-kerja di lapangan.
Pada tahun 2022, selepas ditugaskan sebagai Pengarah Komunikasi, bagi memperbaiki kerja penerangan parti dalam pelbagai bahasa, saya membawa masuk Chi Leong dan sekumpulan tenaga baharu ke ibu pejabat PKR untuk membentuk pasukan pelbagai bahasa yang baharu. Banyak kali kami menjelajah ke seluruh negara untuk berkongsi kemahiran media sosial dan TikTok.
Dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15, halaman ke-42, PH berjanji bahawa: PH akan menyediakan dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) sama rata kepada semua wakil rakyat parlimen tanpa mengira parti kerana mereka mewakili kepentingan rakyat di kawasan itu. Peruntukan dana juga perlu disalurkan melalui Parlimen dan bukannya Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Kini, Pengerusi PH Anwar bin Ibrahim telah menjadi Perdana Menteri. Namun, pengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya yang saya wakili telah dihukum pada 29 Mei 2026 apabila akses kepada sistem MyKhas dibatalkan, menyebabkan kami tidak lagi dapat meneruskan urusan peruntukan kawasan dan Program Mesra Rakyat.
Tuntutan saya sangat mudah. Saya berharap parti dapat memberikan satu penjelasan yang munasabah. Sehingga kini, hanya seorang Timbalan Setiausaha Agung membuat kenyataan media menyatakan bahawa ini adalah akibat daripada pilihan politik, sedangkan PKR masih belum memberikan sebarang penjelasan rasmi kepada saya dan para pengundi.
𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐚𝐫 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐦𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧-𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧. 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚, 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐦𝐚𝐧𝐚,𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐝𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚. 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐞 𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩. 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢.
Sekiranya saya mengidamkan sumber dan kemudahan, saya tidak akan menyertai demonstrasi tanpa ragu-ragu sebaik Anwar Ibrahim dipenjarakan, sehingga hampir kehilangan kedudukan sebagai wakil rakyat dan pencen saya sendiri ketika itu. Begitu juga pada hari ini. Jikalau apa yang saya mahu hanyalah peruntukan, boleh sahaja saya memilih untuk berdiam diri seperti ramai yang berada dalam parti, agar semua berjalan lancar seperti biasa, seolah-olah tiada kesilapan yang perlu diperbetulkan.
Tetapi itu bukan perwatakan saya. Itu juga bukan Chean Chung yang dikenali orang ramai sehingga sudi untuk terlibat dalam aktiviti jualan amal, perarakan tanglung, dan jualan akhbar Suara Keadilan.
PKR hari ini bukan lagi PKR yang saya kenali dahulu. Barisan kepimpinan, demi mempertahankan kedudukan masing-masing, tidak sanggup tampil untuk membetulkan kesilapan parti. Saya sudah tidak mampu lagi untuk terus berada dalam kepimpinan dan bekerjasama dengan mereka.
Selepas meletakkan jawatan parti, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen atas kapasiti ahli biasa parti, untuk menyemak imbang kerajaan dan memastikan beberapa rang undang-undang reformasi pada bulan Jun iaitu had tempoh jawatan Perdana Menteri, pemisahan kuasa Pendakwa Raya, dan Akta Kebebasan Maklumat akan dibentang dan diluluskan.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan