UMNO MELAYU
KENAN HINA
OLEH
DAPSY CHINA
KAH KAH KAH
AMIN
APA JADI
DENGAN
CUCU CICIT
DATUK HARUN
KAH KAH KAH
HANYA BERANI
GARU TELO
KAH KAH KAH
KHALAS
DAPSY sifatkan UMNO hipokrit, angkuh
KUALA LUMPUR: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyifatkan UMNO sebagai hipokrit dan angkuh susulan pendirian UMNO Johor yang dilaporkan mahu bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tanpa kerjasama dengan DAP.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) merangkap Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong, berkata tindakan UMNO Johor itu bercanggah dengan realiti politik semasa memandangkan parti terbabit masih menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
"Mungkin UMNO Johor di Planet A dan UMNO Selangor di Planet B dan sebagainya, peliknya bila ada yang cuba katakan bahawa ini adalah keputusan UMNO negeri sahaja dan tidak menjejaskan hubungan di peringkat Persekutuan, siapakah yang menandatangani watikah pelantikan calon UMNO dalam pada itu?
"Oleh itu, adalah hipokrit untuk kekal berkuasa di peringkat persekutuan dan negeri-negeri lain dengan bergantung kepada DAP tapi pada masa yang sama pula bersikap angkuh dengan katakan tidak ingin duduk semeja dengan DAP di Johor, ini namanya hipokrit pro max," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Kah Leong menggesa PH supaya mempertahankan identitinya sebagai gabungan reformasi dengan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, penyokong tegar PH sepatutnya diberikan pilihan untuk terus menyokong calon yang benar-benar mendukung agenda reformasi, bukannya terpaksa mengundi rakan politik yang didakwa tidak sehaluan dengan perjuangan berkenaan.
"Sebagai Ketua Pemuda PH, saya sarankan supaya PH bertanding di kesemua kerusi di peringkat Parlimen dan juga semua negeri dalam PRU yang akan datang lantaran tindakan tikam dari belakang daripada 14 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) UMNO BN yang merangkumi Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Kabinet.
"PH adalah identiti reformasi dan pembaharuan, oleh itu adalah tidak adil untuk pengundi PH untuk terus menyokong calon-calon parti lain yang lebih gemar budaya satu parti dominan atau terpalit dengan kes rasuah dan sebagainya," katanya.
Pada masa sama, beliau menegaskan DAPSY tidak pernah mendesak kuota khusus untuk calon sayap pemuda bertanding dalam pilihan raya, sebaliknya percaya calon terbaik ialah mereka yang mempunyai jiwa dan pemikiran anak muda.
"Berlainan dengan pemuda parti lain, DAPSY tidak cenderung untuk minta kuota calon DAPSY untuk bertanding di mana-mana PRU atau PRN.
"Saya percaya bahawa, lebih baik calon yang dihantar parti adalah berjiwa anak muda dan mempunyai mentaliti untuk menyelesaikan masalah anak muda seperti pekerjaan dan pengangguran ataupun bersemangat untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), oleh itu umur calon bukannya masalah, isunya adalah mentaliti calon.
"Saya percaya calon-calon DAP adalah jauh lebih baik daripada parti lain dalam segi ini," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan