Jumaat, 12 Jun 2026

SELAT HORMUZ DI KAWAL OLEH IRAN


SAH TERBUKTI

SELAT HORMUZ

MASIH DIKAWAL

OLEH IRAN

KHALAS


Tentera Iran halang kapal tangki minyak masuk Selat Hormuz

ISTANBUL: Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada awal Jumaat memaklumkan bahawa letupan yang kedengaran di perairan luar pantai Sirik di selatan Iran sebelum ini dikaitkan dengan pemintasan sebuah kapal yang cuba memasuki Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Televisyen negara Iran, memetik Tentera Laut IRGC, melaporkan bahawa pihak berkuasa Iran menghalang sebuah kapal tangki minyak daripada memasuki laluan air strategik itu selepas kapal berkenaan cuba melaluinya tanpa penyelarasan.

Tentera Laut IRGC turut memaklumkan bahawa pihaknya terus memantau Selat Hormuz dan akan bertindak "dengan penuh ketegasan" terhadap mana-mana kapal yang cuba melaluinya.

Beberapa jam sebelum itu, televisyen Iran melaporkan letupan yang kedengaran berhampiran Sirik dan Bandar Abbas di selatan negara itu manakala pihak berkuasa pada peringkat awal memaklumkan punca kejadian masih belum jelas.

Perkembangan itu berlaku beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau membatalkan serangan yang dirancang ke atas Iran dan perbincangan mengenai satu kemungkinan perjanjian hampir dimuktamadkan. – BERNAMA-ANADOLU

Tiada ulasan: