PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 16 JULAI 2026
PERANG DITERUSKAN
SERANG MENYERANG HARI KE 6
MAT TERAM MENGANCAM
Amerika minggu ini akan bom Iran – akan bom loji tenaga – akan bom jambatan – akan bom loji penapisan air .
AMERIKA AKAN BOM IRAN HINGGA LUMAT
Iran jawab – ANCOK OMAK KAU – kalau berani sila mendarat – sila bawa askar masuk ke bumi Iran.
BERITA BAIK
Harga minyak mentah nak naik ke 90 dolar satu tong – kah kah kah
Harga insurans naik mendadak – malah takda syarikat insurans berani jual insurans pada kapal minyak yang menuju Selat Hormuz – kah kah kah
TERAM KATA : Iran merayu meraung meronta-ronta nak berdamai – kah kah kah.
IRAN KATA - Kami akan teruskan perang – AMIN
PRN NEGERI SEMBILAN
Satu lagi projek PENYATUAN UMMAH- untuk memastikan Anwar bin Ibrahim di humban sekali lagi.
MANA YB NGA KOR MING – sosok ini perlu bersuara untuk membantu PANYATUAN UMMAH - mana RONNIE LIU – Mana TONY PUA – mereka semua memainkan peranan yang amat positif dalam usaha PENYATUAN UMMAH – amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah – malam kemarin hujan - Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi – gumbira bumi basah – Tiong bercekak – Terkukur berlagu dari atas bukit.
Matahari dah keluar – cahaya memanasi pipi. KL & KL Sentral berkabus. Langit biru muda berawan putih.
Dari Lorong Masuk gua dah nampak ramai menunggu – ha ha – semua datang – Nasi dan debu tulang bersama carrot menjadi habuan pagi ini. – ramai makan – Siti dan Puppy Itam datang sama – Gua gumbira.
Berjalan ke Wakaf Tiga rami mengekor – Pulang ke Wakaf Pertama semua dah menunggu – gua dengar suara Tiong.
Pagi ini KALI PERTAMA GAGAK DATANG BERLABUH dan makan sama – wow – ramai gagak turun - gua taburkan friskies untuk semua – Tiong juga datang TAPI datang solo – Ramai makan pagi ini.
Hari ini akan panas – petang jika hujan bawa sejuk. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUAT
PAGI KHAMIS
BRO
Ramai berkawan pergi ke Melaka
Hutan geligi amat tersohor
Ramai bersama lawan Madafaka
Humban sekali lagi macam di Johor
Buah Beremban buah Melaka
Tepi taman tanam halia
Kita humbankan Madafaka
Hidup aman lagi bahagia
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA




Tiada ulasan:
Catat Ulasan