SAPA SOKONG
ADAT PASTI
AKAN MENANG
KHALAS
Isu Undang bukan di bawah kuasa menteri besar
SEREMBAN – Isu membabitkan institusi Undang di Negeri Sembilan bukan berada di bawah bidang kuasa menteri besar, namun ia terus dijadikan modal politik bagi membentuk persepsi kononnya kerajaan negeri gagal menangani perkara berkenaan.
Menurut sumber itu, terdapat tanggapan yang sengaja dibina bahawa menteri besar perlu campur tangan bagi menyelesaikan polemik berkaitan institusi Undang, sedangkan perkara tersebut tertakluk kepada Adat Perpatih serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
“Siapa pun yang menjadi menteri besar selepas pilihan raya, peranannya dalam soal adat tetap sama. Menteri Besar tidak mempunyai kuasa untuk menentukan atau campur tangan dalam urusan institusi Undang.
“Begitu juga perkara berkaitan pelantikan, penggantian atau apa-apa proses yang melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
“Semua itu mempunyai mekanisme dan institusinya sendiri. Ia tidak berada di bawah kuasa menteri besar,” katanya baru-baru ini.
Sumber itu mengulas isu berkenaan kerana ia masih menjadi antara bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila terdapat pihak mendakwa kerajaan negeri pimpinan Aminuddin Harun gagal menyelesaikan polemik berkaitan institusi adat.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan