Khamis, 16 Julai 2026

TANDA PAS BAKAL MEMIMPIN NEGARA


TANDA BAIK

DARI PAS

AMIN

CIRI CIRI

MEMIMPIN

 NEGARA

KHALAS


MP PAS paling ramai sokong tubuh RCI ‘mafia korporat’

Ahli Parlimen PAS direkodkan sebagai wakil rakyat paling ramai menyokong gesaan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan kewujudan mafia korporat melibatkan pelbagai individu termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Selepas dua minggu Sekretariat #RCINow menghantar memorandum ke parlimen, setakat ini seramai 34 ahli parlimen dari pelbagai parti menyokong gesaan tersebut.

Daripada jumlah itu seramai sembilan Ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan menjadikan parti itu paling ramai setakat ini, diikuti PKR seramai lapan orang, DAP (tujuh), Bersatu (empat), Amanah (dua) dan masing-masing seorang Wawasan, Umno, Star dan Upko.

Pengerusi Bersih Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata sekretariat terbabit memberikan masa selama 14 hari lagi – bermula hari ini sehingga 30 Julai – untuk ahli parlimen yang lain menyatakan pendirian mereka.

“Pihak Sekretariat RCINow bercadang untuk menerbitkan senarai penuh nama semua ahli parlimen dan pendirian mereka pada 3 Ogos.

“Kami juga mengalu-alukan rakyat untuk menghantar templat dokumen menyokong penubuhan RCI mafia korporat kepada ahli parlimen masing-masing,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Pada 30 Jun lalu sekumpulan aktivis berarak ke parlimen di ibu kota bagi menyerahkan memorandum menggesa kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan mafia korporat melibatkan SPRM.


Tiada ulasan: