ANCOK
OMAK KAU
JAWAB IRAN
AMIN
IRAN TAK TAKUT
SILA MENDARAT
KHALAS
AS kembali serang Iran, Tehran beri amaran sedia berperang
DUBAI: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara menyasarkan sistem pertahanan pesisir pantai dan tapak peluru berpandu Iran sejak Rabu, selepas menguatkuasakan semula sekatan maritim ke atas pelabuhan negara itu. RujukanGeografi
Tindakan itu mencetuskan tindak balas Tehran yang mengancam akan menyekat lebih banyak eksport tenaga serantau, sambil menegaskan pihaknya kini bersedia berperang menentang Washington demi kelangsungan hidup.
Peningkatan ketegangan terbaharu itu meletus beberapa hari selepas perjanjian gencatan senjata terbatal, sekali gus membangkitkan kebimbangan mengenai tercetusnya perang berskala penuh.
Situasi dilaporkan semakin meruncing sejak Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz, lewat Sabtu lalu.
Pusat Perintah AS (CENTCOM) mengesahkan pihaknya menyerang lokasi penyimpanan dan pelancaran peluru berpandu jelajah benua di Pulau Greater Tunb, Iran, bermula jam 10 pagi GMT menerusi dua gelombang serangan.
CENTCOM menegaskan tindakan itu menyasarkan keupayaan ketenteraan Iran yang mengancam kapal komersial di Selat Hormuz, yang juga laluan perdagangan global yang penting.
Pegawai AS memaklumkan serangan terbabit bertujuan membuka semula selat berkenaan secara paksa, selain melumpuhkan aset ketenteraan Iran sebelum melaksanakan operasi lebih rumit.
Selain serangan udara, tentera AS turut melumpuhkan sebuah kapal tangki minyak kosong yang menuju ke Pulau Kharg selepas mengabaikan amaran awal, dengan melepaskan peluru berpandu Hellfire ke arah corong asap kapal itu.
Sementara itu, agensi berita Iran, Mehr, melaporkan empat lokasi di sekitar bandar Ahvaz serta bandar pelabuhan utama Bandar Abbas menjadi sasaran, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Agensi berita Tasnim pula melaporkan letupan kedengaran di bandar Konarak, selain bedilan projektil dikesan berhampiran Sirik dan Qeshm.
Stesen penyiaran rasmi Iran, IRIB, mendakwa serangan AS turut menjejaskan kawasan berhampiran sebuah hospital di Ahvaz yang menempatkan pusat kanser kanak-kanak, sekali gus memaksa evakuasi sementara pesakit dilakukan. RujukanGeografi
Ketua Perunding Tehran, Mohammad Baqer Qalibaf, menegaskan keselamatan Iran bergantung sepenuhnya kepada penguasaan penuh laluan selat berkenaan dan mengisytiharkan fasa konflik kini melibatkan hidup mati negara menentang Amerika.
Konflik yang berlarutan ini telah mengorbankan ribuan nyawa dan menjejaskan jutaan penduduk, terutamanya di Iran dan Lubnan, susulan pertempuran yang kembali meletus antara Israel dan Hezbollah. Serangan AS sepanjang Julai ini sahaja dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang. - REUTERS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan