Isnin, 13 Julai 2026

SYEAD SADIQ BEBAS


SYED SADIQ

BEBAS

AMIN

TUTUP

 CERITA LAMA

MULA CERTA BARU

KHALAS


Penantian berakhir, Syed Saddiq dibebaskan sepenuhnya


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pendakwaan.

Dalam penghakiman majoriti 2-1, dua hakim yang membarisi panel, iaitu Che Mohd Ruzima Ghazali dan  Collin Lawrence Sequerah, memutuskan Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf apabila membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu pada Jun tahun lalu.

Presiden Mahkamah Rayuan,  Abu Bakar Jais, yang mengetuai panel hakim itu bagaimanapun membuat keputusan berbeza.

Che Mohd Ruzima dan Sequerah mendapati tiada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah itu.

Sabitan dan hukuman terbabit adalah berhubung dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan harta, dan dua kesalahan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah dijangka, nilai besar memang lepas, kalau setakat susu tin milo roti kerana lapar masuk enam bulan penjara confirm ini cara budaya orang kita yang syumul amin kah kah kah kita mampu tergelak kentut busuknya amin

Tanpa Nama berkata...

abih la bella...

Sup berkata...

Woi Saddiq bubarkan saja parti Muda! Masuk UMNO segera!