Presiden PAS Abdul Hadi Awang beranggapan perkara itu tidak wajar kerana ia dibangkitkan oleh Anwar bin Ibrahim sendiri ketika kempen pilihan raya umum negeri Negeri Sembilan Negara ini.
"Itu laporan sahaja. Laporan ini bila Perdana Menteri berucap pada PRN Negeri Sembilan baru ini. Kemudian dia suruh timbalan perdana menteri (jawab). Dia sendiri tak dengar.
"Jadi, tidak adillah sebab dia sendiri tidak dengar. Dia sendiri kena hadir dan jawablah, jangan serah pada orang lain," katanya.
Lagi pun, kata Abdul Hadi, peranan pembangkang cuma “mendengar” pada sesi itu.
“Kalau kita hadir, kita dengar sahaja. Jadi, tidak adillah sebab dia (Anwar) sendiri tidak dengar. Dia (Anwar bin Ibrahim )sendiri kena hadir dan jawablah, jangan serah pada orang lain.
“Jadi, tak perlulah (perbahasan) kalau perdana menteri sendiri tak ada, kena orang yang berkenaanlah yang jawab,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Ketika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berlangsung Isnin lepas, blok pembangkang bertindak keluar dan menyifatkan sidang itu sebagai sesi penerangan menteri saja.
Mereka meminta sidang khas itu ditangguhkan ke satu tarikh baru susulan ketidakhadiran perdana menteri yang menjalani rawatan hospital bagi penyakit hernia perut..
Anwar sebelum ini turut mempersoalkan sama ada pembangkang mahu membahaskan dirinya atau isu Tabung Haji susulan tindakan mereka meninggalkan persidangan khas berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan