Jumaat, 14 Ogos 2026

UNDI PAKAI KOMPUTER DI MELAKA ? PH PASTI MENANG !!!


PRN MELAKA

GUNA UNDI PAKAI

KOMPUTER 

PAKATAN HARAPAN

PASTI MENANG

AMIN

SAPA KAWAL 

SEVER

AKAN KAWAL

 JUMLAH UNDI

AMIN

TAK CAYA 

TANYA NURUL

TANYA FARHASH

AMIN

TANYA RAFIZI

DIA JADI MANGSA

UNDI KOMPUTER

KHALAS



'Laksana e-voting berperingkat, uji pada PRK'


KUALA LUMPUR: Pengundian secara dalam talian atau e-voting perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan rakyat yakin terhadap ketelusan serta kerahsiaan proses pengundian.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  Wan Ahmad Wan Omar, berkata SPR dan kerajaan perlu memulakan perancangan, termasuk menyediakan prasarana teknologi maklumat serta logistik dari sekarang sekiranya kaedah pengundian baharu itu mahu diperkenalkan pada masa depan.

Katanya, antara pendekatan boleh dipertimbangkan ialah menguji e-voting terlebih dahulu menerusi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum diperluaskan kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

Projek perintis itu penting bagi membolehkan SPR menguji keberkesanan sistem, selain memberi peluang rakyat menilai tahap keselamatan dan kebolehpercayaan kaedah pengundian berkenaan.

"Pengalaman di kebanyakan negara menunjukkan pelaksanaannya memakan masa lama. Ia perlu dimulakan dengan projek perintis secara berperingkat, termasuk melalui beberapa PRK terlebih dahulu untuk melihat sama ada sistem e-voting dapat dilaksanakan dengan lancar.

"Setiap kali kaedah baharu diperkenalkan, ia memerlukan penyediaan prasarana serta ujian keberkesanan bagi memastikan rakyat sebagai pengundi yakin terhadap ketelusan proses dan percaya kerahsiaan undi mereka terjamin.

"Itu paling penting. Walaupun dengan sistem manual sekarang, apabila pengundi keluar dari pusat mengundi, mereka yakin undi sudah dibuat dengan betul dan rahsia mereka terjamin.

"Jadi, rakyat mesti yakin terhadap ketelusan dan kerahsiaan proses pengundian. Itu antara perkara utama yang perlu diberi perhatian sebelum e-voting dilaksanakan," katanya kepada BH, semalam.

Wan Ahmad berkata, kejayaan beberapa PRK menggunakan sistem elektronik boleh menjadi asas memperluaskan kaedah itu ke PRU.

"Kalau PRK berjaya, rakyat akan nampak sistem e-voting ini dapat dilaksanakan dengan baik, menjimatkan masa dan tenaga serta tidak perlu beratur panjang. Namun, jangan terburu-buru sehingga rakyat hilang keyakinan dan timbul bantahan kerana mereka tidak yakin dengan proses itu," katanya.

Beliau berkata, pengalaman India menggunakan mesin pengundian elektronik atau Electronic Voting Machine (EVM) boleh dijadikan antara rujukan, khususnya dari segi pelaksanaan secara berperingkat sebelum diperluaskan ke skala lebih besar.

India mengambil masa kira-kira 10 tahun mengembangkan penggunaan EVM daripada peringkat lebih kecil kepada pilihan raya negeri sebelum diperluaskan dalam PRU.

Katanya, India mempunyai hampir 800 juta pengundi menggunakan EVM dengan sebuah mesin ditempatkan di setiap saluran mengundi, sekali gus membantu mempercepatkan proses pengundian dan pengiraan undi.

"Pengundi hanya perlu melalui proses pengesahan identiti sebelum membuat pilihan menggunakan EVM. Undi kemudian dikira secara automatik dan mesin berkenaan dibawa ke pusat penjumlahan selepas proses pengundian ditutup," katanya.

Kaedah berkenaan juga berpotensi mengurangkan keperluan tenaga kerja di pusat mengundi, khususnya dalam proses pengiraan undi.

Wan Ahmad turut mencadangkan e-voting diuji terlebih dahulu kepada pengundi pos di luar negara kerana jumlahnya lebih kecil dan kumpulan itu berdepan cabaran dari segi proses penghantaran serta penerimaan undi.

"Jika e-voting mahu dilaksanakan, ia wajar dimulakan sebagai projek rintis bagi pengundi pos di luar negara kerana jumlahnya tidak ramai.

"Jika berjaya, kaedah itu boleh diperluaskan secara berperingkat kepada pengundi dalam negara. Ini dapat memudahkan pengundi di luar negara tanpa perlu pulang semata-mata untuk mengundi," katanya.


Tiada ulasan: