Jumaat, 14 Ogos 2026

HUJAN TADI PASTI MEMBANTU


HUJAN TADI

PASTI MEMBANTU

AMIN

JEREBU MASIH

LAGI MENGANCAM

KHALAS


Shah Alam, Johan Setia, Cheras antara 10 kawasan dengan IPU tidak sihat



KUALA LUMPUR – Kawasan Shah Alam dan Johan Setia di Selangor serta Cheras di sini, merupakan antara 10 kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, kawasan Johan Setia mencatatkan IPU 151, manakala Shah Alam dan Cheras masing-masing 107 dan 153.

Sementara itu, tambahnya, tujuh lagi kawasan dengan IPU tidak sihat adalah di Sarawak iaitu Serian dengan bacaan 182; Kuching (171); Samarahan (170); Sri Aman (162); Sarikei (158) serta Bintulu dan Mukah masing-masing 151.

Ujarnya,kualiti udara dalam negara hari ini didapati merosot dengan peningkatan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan kawasan di Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu yang disebabkan oleh pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah.

“Berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura hari ini, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, terdapat 150 titik panas (hotspot) dikesan di Kalimantan, 11 di Sumatera dan 25 di dalam negara iaitu 22 di Sarawak dan tiga di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, tambahnya, JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari masa ke semasa.

Menurutnya, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan-tindakan agensi Kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara.

“Semua pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan-kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri serta mengambil langkah-langkah untuk mencegah pencerobohan oleh pihak-pihak yang tidak  bertanggung jawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: