Selasa, 29 September 2026

BETUL KE BERITA INI ?


BETUL KE

BERITA INI ?

AMIN

JIKA BETUL

INI BERITA BAIK

AMIN

PERANG DAH

MASUK 4 TAHUN

AMIN

PUKUL HABIS

UKRAINE DAN

TAMATKAN

 PERANG

KHALAS


Korea Utara bersiap kerah 10,000 lagi tentera ke Russia - Zelenskiy

SEOUL: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, berkata lebih 8,000 tentera Korea Utara kini berada di wilayah Russia, dengan kini persiapan sedang dibuat untuk mengerahkan 10,000 lagi tentera.

Memetik data baharu mengenai penempatan tentera Korea Utara ke Russia, Zelenskiy berkata dalam satu hantaran di X, individu sedang dipilih untuk menjalani latihan dan seterusnya dikerahkan ke Russia.

Sebelum ini, Presiden Ukraine itu berkata sehingga 50,000 tentera Korea Utara mungkin dihantar untuk berperang bagi pihak Russia, selain menggesa Korea Selatan menyediakan sokongan bagi pertahanan udara Ukraine.

Korea Selatan pada Julai mengumumkan pakej bantuan bernilai AS$100 juta (RM421 juta) kepada Ukraine, namun tidak termasuk senjata yang boleh membunuh.

Komen Zelenskiy pada Isnin itu dibuat selepas berlaku percanggahan antara Seoul dan Kyiv berhubung pengumumannya minggu lalu bahawa Ukraine sudah menyerahkan dua tentera Korea Utara yang ditangkap kepada Korea Selatan.

Seoul melahirkan rasa kesal dengan pengumuman itu, dengan alasan wujud persetujuan supaya pemindahan berkenaan dirahsiakan.

Korea Selatan turut membantah kenyataan yang disifatkannya sebagai palsu daripada pejabat presiden Ukraine yang menafikan kewujudan persetujuan kerahsiaan berkenaan.

Korea Utara dianggarkan menghantar antara 14,000 hingga 15,000 tentera bagi menyokong perang Russia di Ukraine sejak 2024, menurut anggaran Ukraine dan Korea Selatan, dengan sebahagian besar dikerahkan ke wilayah Kursk bagi membantu menangkis serangan Ukraine.

Pyongyang turut membekalkan Russia dengan berjuta-juta peluru artileri dan mortar, selain peluru berpandu balistik, sistem artileri jarak jauh dan sistem roket pelancar berganda, menurut penilaian Ukraine serta sumber bebas. -REUTERS

Tiada ulasan: