PAGI INI
PAGI INI
SELASA 29 SEPTEMBER 2026
SAUDI DI SERANG ANSARALLAH
UK
Di lapor 4 orang warga UK di tahan atas tuduhan pengganas. Mereka di tangkap di hadapan Pangkalan Udara Tentera UK. Lapangan terbang askar ini diguna oleh pesawat pengebom Amerika untuk bom Iran.
Mereka yang di tuduh membawa peledak dan van. Kes sedang disiasat.
UKRAINE
Zelensky Presiden Ukraine tuduh Putin ambil lagi ramai soldadu dari Korea Utara untuk berperang di Ukraine,
Ini kempen Zelensky kerana Ukraine makin tersedak. Zelensky guna Korea Utara sebagai tipu helah untuk dapat bantuan dari Amerika dan Eropah. AMIN
HOKKIEN
Pagi ini kering – JEREBU datang gila-gila – langit biru kemarin hilang. Matahari jadi bola merah. Bangunan Berkembar hilang, Suasana menakutkan.
Pagi ini Mak Tetek Lanjut muncul – Siti Solo muncul. Semua dapat makan nasi. Pagi ini gua bawa MAKANAN BURUNG – gua beli di Chow Kit – ada beras hancur dan. Jagung hancur – hanya 3rm sekilo.
Gua tabur dan lihat Tiong dan Terkukur makan.
Geng Putih datang gua bawa dekat Wakaf Pertama - pagi ini gua tak sempat ikat Tak Tak – dia kejar Taiko Putih yang gua nak ajar jadi baik.
Jantan Putih Baik ikut ke Wakaf Tiga dan pulang ke Wakaf Satu. Siti Solo menunggu – Tiong juga menunggu – gua tabur beras dan jagung – Siti Solo dapat hati dan keropok.
Berjalan pulang Siti Solo ikut sampai ke Pintu Masuk. Gua lambak friskies untuk Siti.
Hari ini akan panas. Jerebu akan datang lagi. Wahai hujan datang dan banjiri sekali lagi Kuala Lumpur. Amin.
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SELASA
SEPERTI BIASA DENGAN
SENYUMAN
BRO
Hari ini jika lu tidak ketawa – maka hari ini terbuang.
BRO
Di mana-mana lu pergi lu akan jumpa perkara lucu. Lu rugi jika lu tak ketawa.
BRO
Ketawa sekuat hati keran ketawa adalah percuma. Amin
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA





Tiada ulasan:
Catat Ulasan