Selasa, 29 September 2026

POLITIK TEPAT


POLITIK TEPAT

LAGI BERANI

AMIN

JALAN MUDAH

LAGI JUJUR

MENUJU BUNGKUS

KAH KAH KAH

KHALAS


PRN Melaka: PH terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali BN, PN

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad, berkata perkara itu sudah diputuskan PH dan setakat ini, gabungan itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti lain, kecuali BN dan Perikatan Nasional (PN).

"Kita tidak akan terima tawaran untuk bersama BN. Jika BN mahu bersama dengan PN, itu hak dan terpulang kepada mereka.

"Bagi PH, kami akan bertanding atas prinsip yang kami perjuangkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PH,  Amirudin Shari, meminta BN menjelaskan pendiriannya berhubung kemungkinan kerjasama menghadapi PRN Melaka susulan tiada perkembangan mengenai pertemuan antara kedua-dua pihak setakat ini.

Malam tadi, pemimpin kanan PH dan BERSATU bertemu dalam satu majlis malam tertutup di Melaka, dipercayai membincangkan mengenai kerjasama pada PRN Melaka.

Pada masa sama, BN juga dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan beberapa gabungan parti pada minggu ini bagi membincangkan persefahaman politik bagi PRN berkenaan.

Mengulas kemungkinan kerjasama antara PH dan BERSATU, Khalid, yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, berkata jika itu berlaku, BERSATU perlu memahami prinsip yang dibawa PH, yang mementingkan prestasi, akhlak dan nilai.

"Bila kita mahu membentuk kerjasama sebelum pilihan raya, ini antara perkara yang kita bincangkan. Kita ada pilihan dan boleh meletakkan syarat serta penegasan yang sepatutnya.

"Jika mereka boleh bersetuju, kita boleh bekerjasama dengan BERSATU, MUDA dan parti lain yang tidak bersama dengan BN dan PN.

"Bagaimanapun, jika selepas pilihan raya, keadaan mungkin berbeza kerana andainya berlaku situasi tidak cukup kerusi, gabungan itu terpaksa kita lakukan," katanya.

Mengenai agihan kerusi bagi PRN Melaka, Khalid berkata, rundingan sudah pun selesai bagi komponen PH dan hanya akan diumumkan selepas tarikh PRN diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Jika ada rakan baharu, mereka akan berunding dengan parti komponen yang ditentukan bertanding bagi kerusi yang berkenaan," katanya.

Tiada ulasan: