Jumaat, 23 Oktober 2026

AUTA KELING


ORANG MELAYU

DENGAN BIJAK

JENISKAN

SEMUA INI

SEBAGAI 

AUTA KELING 

KAH KAH KAH

KHALAS


"Pakcik dah 'pass' video dan transkrip kepada peguam" - Rafizi komen sidang media Ramanan


KUALA LUMPUR:  Rafizi Ramli mendedahkan sudah menyerahkan video serta transkrip kenyataan Menteri Sumber Manusia,  R Ramanan semalam kepada barisan peguamnya.

Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, beliau akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai apa yang akan dilakukan peguamnya berkaitan perkara itu.

"Pakcik sengih je tengok Ramanan berpusing-pusing tadi. Pakcik dah pass (serahkan) video dan transkrip kepada peguam.

"Esok pakcik update (kemas kini) peguam kata apa," katanya menerusi hantaran di Threads malam tadi.

Semalam, Ramanan yang juga Naib Presiden PKR ketika sidang media sempena Majlis Apresiasi Perkhidmatan Warga Kementerian Sumber Manusia menyifatkan Rafizi sebagai pembohong bersiri kerana sering mengeluarkan kenyataan tidak benar dan memutar belitkan keadaan.

Ramanan dilaporkan berkata sudah banyak kali bekas Timbalan Presiden PKR itu mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan kemudian memohon maaf.

Malah, Ramanan berkata apa yang paling menjengkelkannya adalah apabila Rafizi kalah saman di mahkamah, beliau akan membuat kutipan awam meminta wang daripada rakyat.

Selain itu, Ramanan turut mendesak Rafizi Ramli menjawab skandal membabitkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, khususnya berhubung isu penyalahgunaan kuasa membabitkan Yayasan Hijau Malaysia.

Kenyataan Ramanan itu mengulas apa yang disebut Rafizi sebelum ini yang mendakwa masih belum menerima writ saman daripada Ramanan, berhubung tuduhan menerima RM9.5 juta daripada ahli perniagaan, Victor Chin bagi menyelesaikan isu mafia korporat.



Tiada ulasan: