Jumaat, 23 Oktober 2026

JEREBU RACUN PEMBUNUH SENYAP


JEREBU IALAH

RACUN PEMBUNUH

BERJALAN SENYAP

AMIN 

BILA KITA AKAN

NIKMATI KEBALI 

LANGIT BIRU?

AMIN

TIDAK DI LAWAN

KITA SEMUA

MERANA DISEKSA

AMIN



16 stesen catat IPU tidak sihat


KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 1 tengah hari ini, dengan Negeri Sembilan iaitu di Seremban (160) dan Nilai (159) mencatatkan bacaan tertinggi.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), lima stesen di Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Klang (158), Johan Setia (158), Petaling Jaya (154), Shah Alam (152) dan Banting (152).

Di Kuala Lumpur, dua stesen turut merekodkan bacaan tidak sihat, masing-masing Batu Muda (156) dan Cheras (111).

Di Melaka, tiga kawasan direkodkan bacaan tidak sihat iaitu Bukit Rambai (152), Bandaraya Melaka (126) dan Alor Gajah (118); manakala di Johor dua stesen iaitu Batu Pahat (152) dan Tangkak (151).

Di Sarawak hanya satu stesen iaitu Sri Aman (151) dan Putrajaya (137).

Sebaliknya, dua stesen di Sabah dan Terengganu merekodkan bacaan IPU pada tahap baik, iaitu Kimanis (46) dan Kemaman (45).

Sebanyak 50 stesen lain pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Sementara itu, berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa buah negeri sehingga jam 3 petang ini.

Amaran itu dijangka berlaku di Perlis; Kedah (Kulim, Bandar Baharu, Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling); Pulau Pinang; Perak (Hulu Perak, Kerian, Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Larut Matang dan Kuala Kangsar); Kelantan (Bachok, Pasir Puteh dan Jeli); Terengganu (Kemaman, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang); Pahang (Temerloh, Kuantan, Rompin, Pekan dan Raub) dan Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor).

Kawasan lain ialah di Sarawak di Sarikei (Pakan, Maradong dan Sarikei), Miri (Miri, Marudi, Beluru dan Subis), Mukah, Limbang (Limbang), Betong (Kabong), Bintulu (Bintulu); Sabah di Pantai Barat (Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Papar dan Ranau), Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Keningau dan Tambunan), Tawau (Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Kunak) dan Labuan.

Tiada ulasan: