Jumaat, 30 Oktober 2026

CEPLOS GUNA DANA KERAJAAN ?

 


kah kah kah

kah kah kah

kah kah kah

AMIN

RTM DAH TAK

ADA PENONTON 

KAH KAH KAH

UTUSAN DAH

NAK MAMPOS

KAH KAH KAH

APAKAH INI

PROJEK  CEPLOS

UNTUK PRU16

GUNA DUIT CUKAI 

RAKYAT

KHALAS

72 syarikat media terima RM30 juta, Dana Inovasi Media 2.0 dibuka

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani meneruskan inisiatif Dana Inovasi Media menerusi pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0 bagi memperkukuh transformasi industri media tempatan, termasuk dalam aspek pendigitalan, pembangunan bakat dan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan dana itu susulan kejayaan fasa terdahulu yang menyaksikan sebanyak 72 syarikat media menerima pembiayaan berjumlah RM30 juta.

Menurutnya, pencapaian itu membuktikan industri media tempatan memerlukan sokongan transformasi selain mempunyai kesediaan dan keupayaan memanfaatkan pembiayaan berkenaan untuk memperkukuh operasi serta meneroka pendekatan baharu dalam penghasilan dan penyampaian kandungan.

“Dana Inovasi Media 2.0 mengekalkan empat skop pembiayaan sedia ada dengan penambahan satu skop baharu, menjadikan keseluruhannya lima skop pembiayaan.

“Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan industri media terus diperkasa, khususnya dalam menghadapi perubahan teknologi dan cabaran landskap media semasa,” katanya.

Pengumuman pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0 itu dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 pada Jun lalu.

Fahmi berharap seluruh pemain industri media dapat memanfaatkan peluang pembiayaan itu sebaik-baiknya bagi memastikan sektor berkenaan kekal berdaya tahan dan relevan dengan keperluan semasa.

Maklumat lanjut serta borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman web [https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my/](https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my/). – MalaysiaGazette

 

Tiada ulasan: