MAMAT INI
BUKAN SAJA
RASUAH
DIA KURANGKAN
DANA NEGARA
KHALAS
SPRM reman penjawat awam disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30 juta
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.
Sumber SPRM berkata, perintah reman selama enam hari sehingga 26 Oktober itu terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Menurutnya, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.
“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan Pengarah Unit disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025 hingga 2026,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. –


Tiada ulasan:
Catat Ulasan