Rabu, 21 Oktober 2026

PARTI AMANAH MULA BERSUARA


PARTI AMANAH

DAH  BERANI

BERSUARA

AMIN

PARTI  POLITIK

YANG TERUS

TIMBULKAN

MAFIA KORPORAT

AKAN DAPAT 

UNDI RAKYAT

KHALAS 



AMANAH desak laporan penuh siasatan dakwaan mafia korporat didedahkan

KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu laporan penuh pasukan petugas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat didedahkan kepada rakyat.

Timbalan Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, berkata pasukan itu perlu mematuhi tempoh tiga bulan siasatan ditetapkan dan jelaskan dapatan, tindakan serta pihak bertanggungjawab.

Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan secara bebas tanpa konflik kepentingan, dengan mana-mana individu atau agensi yang dikaitkan dengan dakwaan tidak boleh mempengaruhi proses siasatan.

"(Siasatan perlu) berdasarkan bukti, bukan spekulasi. Setiap dakwaan mesti diuji secara profesional tanpa menghukum sebelum proses undang-undang selesai.

"Jika terdapat bukti, dakwa tanpa memilih bulu serta tutup kelompongan undang-undang yang memungkinkan manipulasi korporat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam,  Anwar bin  Ibrahim memberi komitmen di Parlimen siasatan kes mafia korporat tidak akan ditutup, selain menegaskan tiada pihak akan dilindungi dan laporan lengkap akan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan.

Beliau berkata, terma rujukan yang jelas dalam siasatan juga perlu bagi memastikan siasatan dilaksana memperoleh keyakinan rakyat.

"AMANAH menyambut baik keputusan  Anwar bin  Ibrahim, menubuhkan pasukan petugas pelbagai agensi diketuai Peguam Negara bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat.

"AMANAH menyokong ketegasan Perdana Menteri dalam menangani hal ini. Siasat tanpa takut, dedahkan kebenaran dan bertindak tanpa memilih bulu," katanya.

Beliau berkata, isu itu bukan sekadar mengenai beberapa individu, sebaliknya menguji sama ada kuasa ekonomi boleh memperalatkan institusi, mempengaruhi penguatkuasaan dan menafikan hak pemegang saham serta rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi Bangla saja lebih afdal, lebih baik mungkin, orang-orang kita semakin taksub tamak kedudukan kuasa sehingga lupa diri kah kah kah, rasuah duit sudah menjadi darah daging orang-orang kita sekarang, susah berubat tahap Leukemia kanser darah tahap empat, susah jumpa orang integriti, lagi tebal kopiah lagi hebat sapu, lagi banyak tasbih lagi kuat makan tepi jadi berhati-hati dengan segala teknik taktik yang dimainkan sejak dahulu kala, semalam Suhaili datang macam biasa saja, tiada kopiah tiada kerusi roda jadi boleh kita rumuskan berani kerana benar? Kah kah kah kah