Rabu, 21 Oktober 2026

TAK MASUK AKAL


KAH KAH KAH

APAKAH INI

MENUJU SALAH

BENDERA

KAH KAH KAH

LAWAN WAZE

TAK MASUK

AKAL KERANA 

BLACKROCK

DAH BELI 39

AIRPORT 

MALAYSIA

KHALAS



Kerajaan larang penjawat awam guna Waze serta-merta

KUALA LUMPUR – Kerajaan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN).

Arahan itu dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar menerusi surat edaran kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan Persekutuan, ketua pengurusan badan berkanun Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Negeri serta ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Menurut surat edaran itu, keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat JKSN Bilangan 3 Tahun 2026 pada 20 Oktober lalu yang dipengerusikan  Anwar bin Ibrahim.

Larangan itu diputuskan susulan aplikasi navigasi berkenaan yang menurut surat tersebut berpangkalan di Israel.

Sehubungan itu, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan diarahkan memaklumkan keputusan berkenaan kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing, termasuk agensi dan jabatan berkaitan, bagi memastikan pelaksanaannya serta-merta.

“Sebarang pertanyaan atau keperluan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan arahan ini bolehlah dikemukakan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, selaku agensi penyelaras bagi perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KSN turut meminta kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi bagi memastikan arahan itu dipatuhi sepenuhnya.

Semalam, Anwar bin Ibrahim berkata, kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi tempatan TuJu, yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai alternatif bagi keperluan navigasi jalan raya.

Langkah alternatif itu dicadangkan berikutan risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat susulan penggunaan aplikasi Waze yang terikat di bawah undang-undang Kerajaan Israel.

Beliau berkata perkara itu antara dibincangkan sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bil 3/2026 bagi meneliti perkembangan ancaman siber serta memperkukuh kesiapsiagaan dan kedaulatan digital negara hari ini. –

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

iphone yang kau hari-hari melantak tu bukan israel ada share ke? simpan sikit bodoh tu. kah kah kah!