INI TANDA
HARI HARI AKHIR
SAEKOR MADANI
KHALAS
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) boleh bertanding dan menggerakkan kempen mengundi selepas Mahkamah Tinggi hari ini menggantung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang membatalkan pendaftaran gabungan itu, dua hari lalu.
Hakim Azizan Md. Arshad turut membenarkan permohonan PN untuk menangguhkan notis bertarikh 22 September yang menggantung semua aktiviti gabungan tersebut.
Mahkamah membenarkan penanggguhan itu sementara menunggu semakan kehakiman PN untuk mencabar notis tersebut, didengar dan diputuskan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Ketika menyampaikan keputusannya, Hakim Azizan berkata, mahkamah mendapati wujud keadaan luar biasa yang mewajarkan penggantungan diberikan.
“Mahkamah mengambil kira peranan pemohon-pemohon dalam aktiviti politik yang menyentuh hak-hak sebagai anggota parti, hak-hak sebagai wakil rakyat atau hak-hak sebagai ahli parlimen atau kerajaan negeri.
“Terdapat keadaan tertentu yang tidak dapat dipulihkan seperti penyertaan dalam pilihan raya, jika penangguhan tidak diberikan” ujarnya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan