NEGARA BARUA
AMERIKA MULA
BERSATU
AMIN
BUKAN NAK
LAWAN IRAEL
TAPI NAK LAWAN
NEGARA YANG
LAWAN ISRAEL
AMIN
MALAYSIA BILA
NAK MASUK ?
KHALAS
Turkiye, Qatar, Indonesia, Pakistan meterai perjanjian kerjasama pertahanan
ANKARA/ISTANBUL: Turkiye, Qatar, Indonesia dan Pakistan menandatangani memorandum 'Badr' untuk memperkukuhkan kerjasama pertahanan serta membangunkan perkongsian strategik, menurut Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye, semalam, lapor Anadolu Ajansi.
Perjanjian berkenaan dimeterai oleh kepimpinan pertahanan empat negara terbabit di ibu negara Qatar, Doha, semalam.
Mereka ialah Menteri Pertahanan Nasional Turkiye, Yasar Guler; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan Qatar, Sheikh Saud Abdulrahman; Timbalan Menteri Pertahanan Indonesia, Yusuf Jauhari; serta Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif.
Majlis pemeteraian itu turut dihadiri Ketua Presidensi Industri Pertahanan Turkiye, Haluk Gorgun.
Perjanjian dinamakan 'Badr' yang bermaksud 'bulan purnama' itu bertujuan menggalakkan kerjasama dalam pengeluaran ketenteraan, memperkukuhkan keupayaan ketenteraan, serta menyokong kolaborasi dalam latihan teknikal ketenteraan, penyelidikan dan pembangunan, menurut kementerian itu lagi dalam satu kenyataan.
Katanya, inisiatif itu akan membantu membangunkan penyelesaian dan sektor perindustrian yang selari dengan kemajuan dalam sistem pertahanan moden.
Memorandum itu juga membawa kepentingan ekonomi yang signifikan bagi negara terbabit, dengan menggabungkan keupayaan pengeluaran ketenteraan masing-masing, meningkatkan integrasi dan memperkukuh industri pertahanan mereka untuk memenuhi keperluan negara sekutu serta negara sahabat.
Ia juga dijangka dapat memperluaskan kerjasama ketenteraan dalam kalangan negara peserta, memperdalam hubungan dalam industri pertahanan, serta mengukuhkan kolaborasi pelbagai hala demi menyokong keselamatan, kestabilan dan matlamat bersama, menurut kementerian itu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan