ANGIN BERUBAH
KINI JAKARTA
MULA MERASA
BAHAYA JEREBU
AMIN
ELIT INDON
BARU NAK
BERTINDAK
KHALAS
JAKARTA: Kebakaran hutan di Indonesia yang mencetuskan krisis jerebu serantau, memusnahkan lebih 1.9 juta hektar dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Menurut pertubuhan pemantau yang menganalisis data satelit, laporan itu diterbitkan pihak berkenaan ketika pegawai Indonesia memaklumkan negara itu sedia menerima bantuan daripada negara jiran, Malaysia dan Singapura bagi memadamkan kebakaran berkenaan.
Justeru, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia, Dudung Abdurachman, berkata pihaknya sudah memberi maklum balas terhadap tawaran bantuan itu.
"Mereka (Malaysia) akan membantu dengan menyediakan tiga pesawat dan 52 anggota," katanya semalam.
Malaysia berulang kali menawarkan bantuan untuk memadamkan kebakaran di Indonesia, kerana menyebabkan peningkatan mendadak tahap pencemaran udara di ibu negara berkenaan serta beberapa kawasan lain di rantau ini.
Dudung berkata, Singapura turut akan memberikan bantuan, namun tidak memperincikan bentuk bantuan yang akan disalurkan.
Data terbaharu daripada laman pemantauan penebangan hutan, Nusantara Atlas, menunjukkan kawasan hampir 12 kali ganda keluasan London terbakar dari Januari hingga akhir September.
Sebahagian besar kebakaran berlaku ketika kemarau melanda sejak Jun lalu, diburukkan lagi oleh kitaran El NiƱo yang kuat.
Kerajaan Indonesia belum mengeluarkan angka rasmi terbaharu sejak mengumumkan kawasan seluas 202,000 hektar musnah akibat kebakaran sehingga akhir Julai lalu.
Pengasas Nusantara Atlas, David Gaveau, berkata skala sebenar kawasan terbakar berkemungkinan lebih besar berbanding 1,916,588 hektar yang dikesan pertubuhannya.
Pengiraan itu terjejas akibat jerebu tebal daripada kebakaran yang ada kalanya menghalang imej satelit daripada memberikan gambaran jelas, selain beberapa faktor lain.
Bagaimanapun, data Nusantara Atlas menunjukkan kawasan terbakar itu 38 peratus lebih luas berbanding tempoh sama pada 2019, yang ketika itu juga menyaksikan kebakaran hutan serius.
Jurucakap Kementerian Perhutanan, Ristianto Pribadi, berkata kerajaan masih mengira keluasan keseluruhan kawasan terbakar dan data Nusantara Atlas tidak boleh disahkan dengan mudah.
Jerebu menyebabkan sekolah ditutup di Malaysia dan Timor-Leste, manakala asap berkenaan turut melanda Singapura serta kawasan sejauh Filipina. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan